Perubatan
Kecacingan - [Perubatan]
Pengenalan Jeruju atau nama saintifik ACANTHUS ILICIFOLIUS L merupakan sejenis tumbuhan liar yang boleh mencapai ketinggian antara 0.75 hingga 1.5 m. Ia mepunyai batang berkayu yang berbentuk bulat dan mempunyai permukaan yang licin. Batangnya berwarna hijau dan mempunyai duri pada bahagian daunnya. Daunnya pula berbentuk daun tunggal dengan bahagian hadapannya bersilang dan mempunyai duri dibahagian tepi daun. Bunganya berbentuk majmuk dengan panjangnya sekitar 6 hingga 30 cm. Buahnya berbentuk bujur telur berwarna coklat kehitaman setelah matang dan mepunyai biji berwarna hitam yang berbentuk ginjal. Jeruju membiak melalui keratan batang dan biji benih. Akar jeruju berwarna putih kekuningan mengandungi saponin, flavanid dan polifenot dan alkaloid (bijinya). | |
Kegunaan / Rawatan | |
Daun, biji dan akar jeruju digunakan sebagai ubat cacing dalam perubatan tradisional Melayu. Akarnya direbus bersama segelas air selama 15 minit untuk diminum oleh pengidap penyakit cacing. Daun mudanya pula berfungsi untuk merawat sakit perut. Daunnya juga digunakan untuk merawat rheumatik dan Bisa akibat terkena racun sumpit/panah. |
profesor, adakah tumbuhan ini boleh memekatkan air ketumban ?
BalasPadam*************teksi!!!!!
bukan setakat air ketumban.. air kejamban pun boleh pekat kan nak ker......
BalasPadamfengsan....