Aduan,

Tip Membeli di Kedai Pekerjanya Pendatang Asing

Selasa, Mei 29, 2012 Mahamahu 0 Comments


Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu moga hari-hari anda penuh dengan nikmat dan keberkatan. Hari ini ramai ibu bapa masih bercuti dan ada juga yg masih menemani anak2 di kg. Maklumlah cuti sekolah telah tiba maka segalanya kembali lancar. Seperti keadaan lalu lintas di KL ni kembali lancar dan tiada jem yg teruk sgt seperti hari2 biasa. 

Ada juga ibu bapa pergi membawa anak2 becuti atau berjalan2 membeli belah. Bila sebut membeli belah pasti kita akan jumpa kedai atau mana2 butik yg ada pekerjanya pendatang asing. Tak kisahlah kedai baju ker, kedai telepone ker, kedai makan paling byk pekerja warga asing seperti Bangladesh, Nepal, Pakistan, Indonesia dan byk lagi lah.

Kalau nak membeli kat kedai yg pekerjanya adalah pendatang asing kena berhati-hati ada beberapa tips daripada Mah@mahu kepada semua supaya tidak tertipu atau tekena seperti yg pernah Mah@mahu sendiri kena. Pertama sekali pastikan kita membeli di kedai yg pekerjanya bukan pendatang asing. Kalau ada kedai ownernya org tempatan baik kita pergi beli kat situ. Cuba elakkan lah tapi kalau tak ada nak buat mcm mana kena pergi gak.

Cuma bila kita pergi di kedai yg pekerja pendatang asing pastikan kita tahu harga asal barang yg hendak di beli. Kalau boleh biar ada tanda harga atau katalog harga barang tersebut. Ini mengelakkan daripada kita di tipu dengan harga yg di naikkan sewenang-wenangnya. Kalau tak ada kita tanya dan kita servey ke beberapa kedai lain kerana kadang2 harga tak sama setiap kedai mengikut pekerja tersebut. Lagi bagus kalau kedai tu ada ownernya sendiri kerana kita dpt tawar harga lebih rendah dan jimat.

Kemudian pastikan layanan mereka, kerana majoriti kedai yg ada pekerja pendatang asing ni tidak mesra malah kadang2 tidak tahu langsung berbahasa melayu tak faham. Silap2 dia buat tak tahu jer atau pun dia perli kita tak pandai bahasa Inggeris. Mah@mahu pernah kena pekerja mcm tu dia tak faham bahasa Melayu suruh ckp Inggeris lepas tu apa lagi kutuk2 lah dia. Kalau boleh tuan kedai ambil lah pekerja yg fasih bahasa melayu atau pun yg tahu bahasa Melayu. Ni langsung tak tahu minta lain dpat lain lagi padah.

So kena hati2 lah pada kita yg membeli ini. Kdang2 kena tipu buta2 jer barangan yg hendak di beli lebih mahal dari harga sebenar. Cuma kena hati2 dan juga pandai tgk situasi. Kalau mcm tak best jer pekerja tu kita cari kedai lain kita ada kuasa menentu untung rugi kedai bukan mereka yg memaksa kita membeli. Sama2 bijak sama2 menang membeli.