Aktiviti,

Makan Lagi Syok Dengan Coca-Cola di Gerai Makan Pak Usop - Episod 2

Rabu, Mei 01, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam kepada semua rakan2 dan pembaca blog Mah@mahu. Kali ni nak sambung lg perjalanan Jelajah Makan Lagi Syok Bersama Coca-cola dan Hotfm. Kali ni lak tiba masa makan tghari setelah menempuh perjalanan selama 2 jam untuk ker sebuah daerah di tengah2 negeri Pahang. Dengan gelaran Bandar Ikan Patin pasti ramai tahu di mana kami berada utk makan tghari. Temerloh lah bandar yg popular dengan Masak Gulai Tempoyak



Gulai tempoyak kalau bertembung dengan Ikan Patin maka jadilah satu hidangan paling meletop dan terbaik dalam dunia masakan. Ia bagaikan signature kepada sebuah bandar yg sederhana ini untuk terus di kenali oleh bukan sahaja daripada pelancong tempatan malah antarabangsa. Itulah penangan kehebatan masak Gulai Tempoyak Ikan patin di Bandar Temerloh. Kami lagi bertuah dapat makan di Gerai Makan Pak Usop sapa tak kenal.



Pernah kuar akhbar sebagai menu paling mahal di Malaysia mana tak pernah di laporkan dengan harga RM40 untuk seketul daging Ikan Patin. Pasti ramai tak percayakan tapi itulah kehebatan Ikan Patin kerana ia adalah antara raja sungai yg juga di cari2 oleh pengail di seluruh Malaysia. Ikan patin kalau di kelaskan dengan 2 jenis cukup popular iaitu Patin Buah dan Patin Bunga. Tapi tak tahu mana satu yg paling mahal cuma kata org tempatan bahawa ikan patin liar yg di tangkap lagi mahal berbanding Ikan Patin sangkar.





Kat sana bukan sahaja makan ikan patin jgn risau kalau tak gemar ikan sungai, boleh pilih menu lain yg juga sedap dan terbaik kat negeri Pahang ni. Sebenarnya ramai juga tak tahu kat area food court sana tu sebenarnya cukup popular dengan minuman Ais Jagung dan ABC. Kalau org tempatan memang tahulah dengan kesedapan Ais Jagung di cari2 oleh org ramai tambah2 bila tiba waktu makan tghari dan minum petang.




Di segarkan lagi dengan pemandangan panorama sungai tepanjang di semenanjung dan juga antara sungi paling byk sumber pendapatan dalam dasarnya. Sungai Pahang menjadi daya tarikan hebat di bandar Temerloh dan sumber eco pelancongan air yg di iktiraf oleh kerajaan negeri Pahang. Sapa2 nak pergi tgk kaedah ternakan ikan secara sangkar di sungai leh dtg ker Bandar Temerloh ada kat sana kalau bernasib baik akan dapat tangkap sendiri ikan patin dalam sangkar tu best. Apa pun terus bersama Mah@mahu untuk next episod byk lagi tempat makan best2 jom redah kasi pecah lah hehehe.. Bersambung....







0 Pandangan: