Mahamahu,

Tips Mengelak Tersalah Pilih Restauran / Tempat Makan

Sabtu, Oktober 12, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca yang di muliakan dan di hormati sekalian. Mah@mahu kat sini selalu share tempat makan yg best2 and menarik untuk anda semua. Tapi sebenarnya ada beberapa tips yg boleh di guna oleh anda untuk memilih tempat makan. Agar anda tak tersalah pilih nanti menyesal tak sudah dah lah makan tak sedap harga lak mahal kan. Tapi mcm biasa tips Mah@mahu ni adalah pendapat dan pengalaman Mah@mahu sendiri ketika memilih tempat makan. Kalau rasa nak ikut boleh kalau tak ikut pun tak rugi hehehehe...

Ada beberapa perkara yg korang boleh buat penilaian dulu sebelum memilih tempat makan yg sedap2. Tapi ia bukan lah sesuatu yg pasti kerana ia berbeza mengikut keadaan dan pengamalan anda hehehe dan mcm bomoh lak wakakaka.. 

Gambar sekadar hiasan wikipedia.org

1) Pergi kedai makan yang ramai org makan. Maksudnya kita tak biasa tempat tu dan tak tahu tempat makan yg sedap kat sana, tapi kita terjumpa kedai makan yg memang ramai org makan dan sentiasa penuh pelanggan. So pasti tempat itu sedap dan terbaik.

2) Tgk keadaan kedai makan dari pandangan mata anda. Pasti anda boleh nilaikan tempat makan yg sedap dan terbaik yg mcm mana. Kalau tgk kat luar kedai tu dah ada hamster2 besar bekeliaran tu faham2 jer lah hehehehe.

3) Tanya kepada kawan2 atau kenalan. Paling senang selalu org amalkan bila nak cari tempat makan mesti tanya kawn2 yg dah biasa makan kat situ atau biasa pergi tempat tu. So melalui tu kawn2 boleh rekmenkan pada kita yg terbaik tapi selalu selera tak samakan. Tapi sekurang-kurangnya kita tak rugi byk.

4) Tgk tukang masak dan dapur kedai tersebut. Kalau anda ada kesempatan untuk melihat dapur kedau tu secara dekat anda pergi sendiri tgk bagaimana keadaan kedai tu. Adakah ia kemas atau teratur kalau tak boleh tgk anda tgk lah pekerja kedai tu adakah kemas atau mesra pelanggan. Sesedap mana kedai anda tapi kalau pelayan tak mesra jgn lah pergi tak rugi pun anda.

5) Cara paling mudah dan paling efisyen di gunakan sekarang adalah media social. Search saja kat google tu nanti akan ada sahaja review tempat makan yg di lakukan oleh blogger2 makan mcm Mah@mahu ni hehehe. Kalau tak pun anda boleh guna pakai 'food directory'. Kat Malaysia dah ada byk food directory ni antaranya Hungry Go Where, Food Directory Malaysia, dan byk lagi. Applikasi ini boleh di muat turun di dalam telephone bimbit anda lagi cepat dan mudah.

Semua tips2 ni boleh korang amalkan kalau rasa nak tahu lah mcm mana nak cari tempat makan yg terbaik dan selesa untuk anda. Makan ini adalah pelaburan kita so pasti kita tak nak rugikan dalam pelaburan kita. Walaupun org kata tak byk tapi kalau dah selalu kena tipu geram gak rasanyakan. Apa pun selamat mencuba dan selamat mengamalkan hehehe. 









0 Pandangan: