Dessert,
Turun bawah Hutong tu akan nampak sebuah gerai bernama Durian Lagenda di mana semua bahan makan berasaskan durian. Makanan kat Durian Lagenda semua dessert di buat menggunakan durian D24 yg paling sedap dan paling mahal. Tapi kat kedai Durian Lagenda tak mahal pun harganya memang berpatutan berbaloi makan kat situ.
Cupcake Durian Kini Berada di Durian Lagenda Lot 10
Cupcake Durian Kini Berada di Durian Lagenda Lot 10 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu ni moga sentiasa sihat dan gembira. Nak cari tempat makan yg ada isi durian sahaja dan pasti durian asli yg berkualiti. Mana lagi kalau bukan di Durian Lagenda Lot 10 Hutong. Kat mana Lot 10 Hutong ni kalau sampai kat Monorail Bukit Bintang and kat bawah hala ke Lot 10 tu ada food court yg di beri nama Hutong.
Turun bawah Hutong tu akan nampak sebuah gerai bernama Durian Lagenda di mana semua bahan makan berasaskan durian. Makanan kat Durian Lagenda semua dessert di buat menggunakan durian D24 yg paling sedap dan paling mahal. Tapi kat kedai Durian Lagenda tak mahal pun harganya memang berpatutan berbaloi makan kat situ.
Durian di hasilkan menjadi dessert paling popular kat Malaysia dan seluruh dunia. Pernah makan Cupcake Durian haaa kat sini saja ada tau. Ada perisa original dan juga perisa coklat memang sedap kalau gigit terasa buah durian di tengah2nya. Itu specialnya Durian Lagenda ni makanan moden di fusion kan untuk semua golongan nikmati.
Selain tu juga ada Durian Pancake ni mcm alah Durian Crape tapi di gulung dengan inti durian dan cream. Paling special ada Durian Mochi iaitu satu2 makanan Jepun yg di perbaharui dengan inti durian terbaik lah. Special lain Durian Ice Cream satu2nya yg ada kat sini dan juga Durian Eggroll yg di buat seperti kuih kapit tetapi di gulung memang lain dari lain.
So sapa2 yg kaki durian gred D24 atau Musang King memang sini lah tempat mereka. Boleh makan durian yg mentah belum di proses juga durian yg telah di perbaharui menjadi dessert special. Apa lagi ni masa nak cuba durian dalam bentuk yg berbeza. Mahamahu makan mlm tu memang tak lena tido lah sebab dah makan byk hehehehe. Jom mai kat Lot 10 Hutong untuk dapatkan dessert durian special.