Dapur,
Dapur Mahamahu Pertama Kali Masak Pulut Mangga
Dapur Mahamahu Pertama Kali Masak Pulut Mangga - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ini adalah pengakuan jujur dan ikhlas daripada Mahamahu kepada semua pembaca, ini adalah kali pertama Mahamahu masak pulut sendiri. Sebelum ni makan pulut semua yg dah siap masak tapi bila pertama kali nak masak pulut ni Mahamahu terpaksa call mak kat kampung untuk tanya cara sebenar nak masak pulut.
Mesti korang gelakkan tapi inilah yg sebenarnya Mahamahu tak pandai masak pulut. Konfuse sebab tgk kat internet ada cara masak kukus dan ada juga cara masak tanak biasa seperti masak nasi. Last2 tanya sama sifu iaitu ibu tercinta kat kg baru tahu kedua2 cara ni boleh tapi kalau nak buat makan dengan mangga masak mcm biasa masak nasi. Tapi nasihat ibu, air jgn banyak sebab masak pulut ni tak sama mcm masak nasi nanti lebih air akan terlalu lembek jadi bubur pulut lak karang hehehehehe...
So hari ni nak belajar masak Pulut Mangga sebab selalu beli kat kedai jer tiba2 nak masak sendiri. Pulut Mangga adalah antara pencuci mulut kegemaran Mahamahu yer. Bahan2 yg perlu ada mestilah beras pulut, mangga masak lagi bagus mangga siam dan juga santan. Pertama sekali mesti masak pulut cara mcm masak nasi isi pulut dengan suku air sahaja jgn banyak. Masukkan sedikit garam dalam pulut tu.
Lepas dah masak pulut masak pula santan yg nak di tuang di atas pulut dan mangga nanti. Santan di masak jgn terlalu lama di atas api bersama dengan gula dan juga sedikit garam. Masak cuma dalam 15minit sahaja paling bagus gunalah santan original tapi kat KL ni susah nak cari Mahamahu guna santa Kara saja sedap juga hehehehe.
Dah masak kedua2 bahan utama tu maka masa untuk kupas mangga dan juga potong untuk di hidang di atas pulut nanti. Mangga ini lah menjadi kelengkapan kepada menu ini dan menjadikan ia bertambah2 sedap dan terbaik lah. Mahamahu memang suka makan mangga kalau pergi pasar mlm mesti beli mangga hehehehe. Berikan kesejukan pada suhu bilik terhadap pulut dan santan tadi agar sesuai untuk di hidang di atas pinggan. Tara siaplah pulut mangga untuk di nikmati makan petang atau sebagai pencuci mulut. Selamat mencuba.......