Cendol,
Cendol Gonjeng Sehinggit
Cendol Gonjeng Sehinggit - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juag rakan2 sekalian. Pernah dengar tak pasal Cendol gonjeng? Hehehehe jgn marah kak Heze gurau jer sebenarnya gonjeng tu nama panggil kak Heze semasa aktif berblog dulu oleh kawn2. Lama dah kenal kak Heze ni sejak mula aktif berblog dan blog dia juga masih ada lagi sekaran boleh lah singgah kat www.hezesuze.blogspot.com.
Tu citenya mcm mana Mahamahu mula kenal dengan kak Heze ni dan kini dia mula aktif dalam dunia perniagaan. Memiliki Catering sendiri yang cukup popular sekitar bandar Klang dan juga Shah Alam. Kini kak Heze telah membuka gerai Cendolnya sendiri yg di kenali olah masyarakat setempat dengan Cendol Kak Long. Kalau sapa2 lalu atau kebetulan berada di Klang boleh pergi ker Kg Sungai Pinang Dalam Batu 2 Jalan Kapar Klang kat situ ada satu gerai Cendol termurah sehinggit sajo.
Tak cayakan itulah harga yg anda hanya perlu bayar untuk makan Cendol Kak Long ni RM1. Hehehe dah lah sedap and penuh dengan bahan2 seperti kacang merah, gajus dan juga cendol. Sedapnya cendol kalau di makan waktu panas memang terbaik. Kalau anda niat nak bungkus bawa pulang harganya RM2 sebab potion nya memang banyak sangt dalam bungkusan plastik. Mahamahu hari tu makan 2 mangkuk memang terbaik kat Klang ni lah.
Selain popular dengan Cendol kak Heze juga kata nak jual makan, nak tambah rojak dan juga makan2 sampingan lain. Sikit2 lah kak Heze kan Insha Allah lama2 akan bertambah maju lah perniagaan. Samping tu juga kalau nak dpatkan air minuman khas daripada penyampai radio popular HotFm Kieran pun ada di jual di sini. Minuman Kelapa Laut Keiran's boleh di dapati sejuk dengan harga RM2.50 sebotol.
Mahamahu suka dtg Klang ni kerana byk lagi kawasan kg yg masih ada di sini walaupun mengalami pembaharuan kemodenan masih mengekalkan hidup bermasyarakat. Tapi banyak perubahan kepada bandar Klang ni dari masa zaman Mahamahu study dulu sehingga lah sekarang. Tapi yg pasti nak dapat cendol sehinggat boleh dtg ker Klang dapatkan Cendol Kak Long ok.
0 Pandangan: