Aktiviti,
Citarasa Kuala Lumpur 2014 MATIC
Citarasa Kuala Lumpur 2014 MATIC - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bagi memeriahkan lagi sambutan tahun melawat Malaysia 2014, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menganjurkan Citarasa Kuala Lumpur 2014 yang memperkenalkan makanan tradisional bagi setiap negeri di Malaysia. Antara makanan mengikut negeri di Malaysia adalah seperti di bawah.
- Negeri Perak – Rendang Tok dan Lemang
- Negeri Pahang – Ikan Patin Masak Tempoyak
- Negeri Selangor – Satay
- Negeri Johor – Sata dan Otak-Otak
- Negeri Sembilan – Masak Lemak Cili Api
- Negeri Melaka – Asam Pedas
- Negeri Kedah – Mee/Meehon Sup Utara
- Negeri Pulau Pinang – Laksa Penang/Char Kuew Teow
- Negeri Terengganu – Nasi Dagang dan Keropok Lekor
- Negeri Kelantan – Nasi Ulam/Nasi Berlauk/Nasi Kerabu
- Negeri Perlis – Nasi Gulai / Pulut Mangga
- Negeri Sarawak – Laksa Sarawak/Mee Kolok
- Negeri Sabah – Kepak Ayam Bakar
- WP Kuala Lumpur/Putrajaya – Burger Bakar
Anda semua di jemput hadir beramai-ramai memeriahkan lagi acara 23 - 25 Mei 2014 bertempat di MATIC KL. Pasti meriah majlis makan2kan selalu sgt ada acara makan di Malaysia ni kerana org kita memang popular dengan makanan yg sedap2. Selamat menjamu selera ok...