Local Food,

Nasi Lemak Rendang Ayam Peanut Butter Satu-satunya di Anggun Fusion

Khamis, Jun 05, 2014 Mahamahu 0 Comments

Nasi Lemak Rendang Ayam Peanut Butter Satu-satunya di Anggun Fusion - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kita org Melayu cukup glamor dengan rendang tak kisahlah daging atau ayam tapi kali ni pernah makan Rendang Ayan Peanut Butter? Satu dari pada enovasi dalam dunia kulinari oleh generasi muda. Pemilik Restoran Anggun Fusion adalah seorang usahawan berwawasan dan juga pendai mengambil hati pencinta makanan di Malaysia.

Nasi Lemak Rendang Ayam Peanut Butter

Dengan menu paling unik dan fusion Nasi Lemak Rendang Ayam Peanut Butter adalah menu paling laris di restoran Anggun Fusion ini. Menurut kata pemilik restoran ia idea yg tercetus semasa beliau masih belajar lagi. Mahamahu yg pertama kali menjejak kaki ke restoran ini pun rasa teruja bile dgr nama menu tersebut. Bila dah dapt rasa sendiri Nasi Lemak Rendang Ayam Peanut Butter memang terus jatuh cinta.

Masak Lemak Cili Padi Ayam

Selain daripada menu rendang yg unik dan lain daripada lain terdapat juga beberapa lagi resepi special hasil air tangan pemilik restoran dan juga chef yg profesional. Paling Mahamahu suka adalah Masak Lemak Cili Padi Ayam yg memang rasa keaslian lemaknya dan seperti masakan kampung sebenar. Cukup dengan lemak dan pedasnya bagi mereka yg rindu kampung halaman boleh dtg ker Restoran Anggun Fusion untuk cuba sendiri.

Asam Pedas Ayam Kampung

Asam Pedas Kambing Panggang

Lagi satu makanan yg popular di kalangan org Melayu pastinya Asam Pedas. Kat Anggun Fusion ini terdapat dua jenis asam pedas yg tak dpt kat tempat lain. Asam Pedas Kambing Panggang dan juga Asam Pedas Ayam Kampung. Terbaikkk kata org kalau nak rasa sendiri keaslian asam pedas dengan cukup rempah ratusnya. Semua makanan kat sini sedap2 belaka..

Seafood Platte
Seafood Aglio Olio

Bukan setakat menu tempatan sahaja ada kat Anggun Fusion ini, ada juga western menu yg popular dan di hasilkan sendiri oleh pemilik restoran ini. Seafood Platter adalah antara paling hangat dan menu paling laris di sini. Dalam satu hidangan mengandungi berbagai makanan laut seperti ketam, udang, sotong, lala dan mcm2 lagi di masak dengan kuah yg sederhana pedas dan sedap. Selain tu juga ada Seafood Aglio Olio yg memang antara makanan western paling popular di sini.


Chiken Chop untuk kanak-kanak
Strawberry Lychee, Ais Blanded, Lemongrass Tea Pandan

Kalau yg datang beramai-ramai seisi keluarga, atau dtg dengan anak2 boleh lah pilih Chiken Chop khas untuk kanak-kanak. Makanan simple tapi cukup lengkap untuk diet kanak-kanak. Tapi bagi org dewasa wajib cuba makan yg sedap2 yg ada kat restoran ini. Minuman juga memang unik Mahamahu rasa mcm nak cuba buat jer air ni kat rumah sedap dan menarik. Antara air yg sempat Mahamahu cuba iaitu Lemongrass Tea with Honey, Strawberry Lychee dan juga Ais Blanded.




Antara blogger2 yg kuat makan hehehe...

Tu lah rupanya banyak makanan Melayu yg telah di fusionkan dan menepati pula dengan selera tempatan. Kalau kawan2 nak dtg ker Anggun Fusion ini boleh cari di Sri Hartamas. Restoran ini buka setiap hari kecuali Ahad dari pukul 9.00 pagi hingga 9.30 malam. Korang juga boleh dapatkan maklumat lanjut berkaitan menu dan juga event yg ada di laman web rasmi mereka. Mahamahu dah datang anda bila lagi.... Jom kita makan... Selamat menjamu selera...

Alamat penuh :-
Anggun Fusion
B2-12, Plaza Damas 3,
No. 63, Jalan Sri Hartamas 1,
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-6206 4689








0 Pandangan: