Buffet Ramadhan,1 Malaysia Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya
1 Malaysia Buffet Ramadhan The Everly Putrajaya - Salam sejahtera kepada semua pemaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pertama sekali terima kasih kepada The Everly Putrajaya kerana sudi menjemput Mahamahu dan juga beberapa rakan blogger lain untuk berbuka puasa di The Everly Putrajaya. Di mana terletaknya The Everly Putrajaya, mudah jer memang dekat sangat kalau jalan kaki dari Alamanda Putrajaya tak sampai 5 minit.
Kalau tinggal di The Everly Putrajaya ini memang tak rugi sebab sekitar Putrajaya ini mcm2 aktiviti yg menarik dan boleh di sertai. Bukan sahaja boleh membeli belah di Alamanda anda juga boleh buat aktiviti riadah seperti berbasikal di sekitar Putrajaya dan juga 5 jenis taman yg ada dalam Putrajaya. Selain itu juga anda boleh mengelilingi Putrajaya dengan Cruise Tasik yang lain daripada yang lain. Memang lah tak rugi dan bosan berada di Putrajaya ini.
Tu serba sedikit tentang Putrajaya dan juga yg di tawarkan apabila anda menginap di The Everly Putrajaya. Tapi Mahamahu nak cite tentang buffet Ramadhan yg special ada di sini. Pertama kali dtg memang cukup menarik untuk anda nikmati hidangan special daripada chef mereka. Makan utama dalam buffet Ramadhan ini adalah Kuzi Kambing yg di sediakan sendiri oleh chef2 profesional. Selain tu juga kat sini ada Chiken Wing yg banyak dan special memang tak habis makan.
|
Whole Roast Lamb |
|
Chicken Wing |
Bagi makanan lain juga pun ada kat sini untuk anda nikmati seperti lauk pauk dan juga ulam-ulaman. Antara lauk pauk yg ada di sini seperti Aloo Gobhi, French Bean Curry, Ayam Goreng Berempah, Mutton Bryani, Sambal Sotong Petai, Chicken Kabsa, Rendang Daging, Sotong Goreng Bercili dan Pucuk Paku Goreng.
|
Ayam Goreng Berempah |
|
Aloo Gobhi |
|
Kuzi Kambing |
|
Rendang Daging |
|
Pucuk Paku Goreng |
|
Sotong Goreng Berlada |
Bagi hidangan berulam atau di panggil kerabu kat sini ada bermacam-macam jenis dan rasa boleh di nikmati. Antaranya adalah Kerabu Kacang Botol, Kerabu Mangga, Kerabu Nenas dan juga Kerabu Ayam. Jgn risau semua makan di sini telah di iktiraf Halal oleh Jakim Malaysia jadi makan tanpa was-was ok.
|
Kerabu Kacang Botol |
|
Kerabu Mangga |
|
Kerabu Nenas |
|
Kerabu Ayam |
Kalau nak cuba masakan bakar ada juga seperti Satay Ayan dan Satay Daging, ada juga Ikan Bakar dan juga Kebab Ayam. Kalau nak cuba bahagian makanan mee kat sini ada Mee Kari dan juga Mee Goreng.
|
Ikan Bakar |
|
Chicken Kabsa |
Bahagian yang Mahamahu paling suka bila makan kat sini adalah dessertnya. Ini kerana memang banyak gila pencuci mulut untuk anda pilih dan rasai daripada yg tempatan kepada yg antarabangsa. Daripada pencuci mulut manis kepada pencuci mulut kek dan juga aiskrim. Tak rugi kalau dtg sini untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan kali ini.
Bagi meraikan bulan Ramadhan ini pihak The Everly Putrajaya turut menyediakan kaunter untuk pembayaran zakat daripada Pusat Zakat Putrajaya. Senangkan makan sambil boleh berzakat pada yg tak sempat dan tak ada masa. Buffet Ramadhan di sini harga berpatutan iaitu RM 98.00 untuk dewasa dan RM 49.00 untuk kanak2. Percuma pula seorang dengan setiap tempahan melebihi 10 org. Jadi apa tunggu lagi tempah sekarang. Jom selamat berbuka....
THE EVERLY PUTRAJAYA
Tel : 03 - 8892 2929
En Hanif : 017- 474 2492
Cik Grace : 016 - 421 0663
0 Pandangan: