Makanan,

The Picnic Table by Simply Sandwiches Restoran Pertama Berkonsepkan Indoor Picnic

Sabtu, November 01, 2014 Mahamahu 0 Comments

The Picnic Table by Simply Sandwiches Restoran Pertama Berkonsepkan Indoor Picnic - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang selalu suka pergi picnic dengan keluargakan dan sambil berkelah makan di atas rumput. Itu yg cuba ditampilkan oleh The Picnic Table by Simply Sandwiches untuk membawa susana picnic dalam restoran. 



Pada majlis pembukaan secara rasmi yg telah di adakan pada 26 November 2014 di lokasi restoran tersebut yg terletak di The Strand Kota Damansara pemilik restoran memperkenalkan kepada tetamu tentang keunikan restoran ini. Selain daripada membawa konsep picnic anda boleh makan sambil bersila di atas rumput tiruan yg ada dalam restoran tersebut. Cukup unik kan Mahamahu pun tak sangka ingat restoran ni kedekut kerusi meja tapi sebenarnya ia adalah konsep restoran ini.



Bukan sahaja memperkenalkan restoran yg unik tapi mereka juga memperkenalkan menu2 yg special dan susah nak dpt di KL ni. Membawa menu daripada Australia hampir kesemua menu di sini adalah sandwich yg sihat. Kalau peminat sandwich dari Malaysia atau mereka yg sibuk dengan kerja tiada masa memang sesuai beli atau makan di sini. 







Di antara menu2 sandwich yg terdapat di sini adalah seperti Smoked Salmon, Garlic Butter Prawn, Beef & Chicken Salami, BBQ Chicken and Sauteed Mushroom. Selain daripada itu hidangan sihat yg lain juga ada di sini seperti Grilled Shrimp Spaghetti with Pesto, Bruschetta with Sauteed Wild Mushroom, Herbs & Garlic Crouton, Mushroom Soup beserta Garlic Bread




Selain dari makanan yg sihat mereka juga mengamalkan minuman yg sihat iaitu minuman Infused Water. Ini adalah minuman yg sihat dengan penuh bahan2 semulajadi bukan minum air meneral semata-mata. Semasa acara pembukaan tersebut juga beberapa pencuci mulut juga menjadi tumpuan mereka yg dtg. Mahamahu suka semua makanan kat sini walaupun simple tapi sihat dan sedap.





Menurut kata pengasas kepada restoran ini mereka juga mensasarkan untuk pekerja-pekerja office yg tidak berkesempatan untuk sarapan pagi dan boleh bungkus untuk makan di office. Mereka juga menyediakan tempahan makanan dan katering koporat secara atas talian. Kalau masuk dalam restoran ini boleh muatkan lebih kurang 50 org dalam satu2 masa untuk acara private sekiranya ada yg mahu menempah. 


 

Jadi tak jadi masalah juga skarang ni untuk mencari makanan sihat dan cepat seperti sandwich ini kat KL. Mahamahu dah datang sana anda bila lagi nak sampai mudah nak cari restoran ini. Nak rasa suasana Indoor Picnic sila lah dtg ke sini. ok. Selamat menjami selera.

THE PICNIC TABLE BY SIMPLY SANDWICHES 
Alamat : 62-A Jalan 5/21 The Strand Kota Damansara
47180 Petaling Jaya