Bucida Court,

Bucida Court Sungai Penchala Syurga Makanan di Kuala Lumpur - Bahagian 2

Jumaat, Disember 05, 2014 Mahamahu 0 Comments

Bucida Court Sungai Penchala Syurga Makanan di Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ini adalah entry kedua sambungan yg lepas bahagian 1 special untuk Bucida Court. Memang terlalu banyak gerai dan makanan yg enak2 kat sini jadi Mahamahu tak tahu nak cerita mcm mana kerana semua menarik2 belaka. Terletak di tepi lebuh raya LDP berdepan dengan IKANO Mutiara Damansara.



Kalau anda nak tahu anda kena dtg sendiri ke sini dan nikmati sendiri makanan yg di hidangkan untuk anda. Tak terfokus untuk satu makanan sahaja tapi ada dari makanan tempatan hingga ke antarabangsa. Ada bertanya mana asal nama Bucida ini, sebenarnya menurut pemilik menyatakan Bucida adalah nama sebatang pokon. Kat kawasan ini dah tak ada pokok tersebut cuma tinggal nama dan tempat makan yg enak2. So kita sembung lagi beberapa gerai dan makanan yg ada di sini untuk pilihan anda.


Gerai Pisang Cheese & Sengkuang Calit & Chicken Wing


Nak cuba kat sini Pisang Cheese memang sedap dan menarik ada yg rasa original dan ada yg perisa coklat. Kalau nak segar lagi boleh cuba Sengkuang Calit memang rasa kesegaran sengkuang dan sosnya. Mahamahu best makan kat sini sebab ada makan2 simple mcm ni tak pelu berat2.





Gerai Yunnie's Soup & Asam Pedas Claypot


Mahamahu suka sangat Asam Pedas kat sini memang terasa pedasnya dan rasa asamnya kat sini. Ada asam pedas ikan kembung, ikan tenggiri, ikan merah dan banyak lagi. Bagi yg nak makan sup bersama dengan roti kosong pun kat sini adalah tempatnya, mesti cuba tau.




Gerai Mar Kueh Teow Arang


Ingat bukan arang di masukan dalam Kueh Teow ini tapi ia di masak menggunakan dapur arang tak caya boleh dtg dan tgk sendiri bagaimana mereka sediakan. Kat sini Kueh Teow Arang ini sangat2 banyak isi udang dalamnya dan rasa pun sedap. Mai cuba ok.



Gerai Weffles


Ini adalah gerai untuk makanan pencuci mulut bagi yg nak makan ringan2 sahaja. Kat sini ada banyak pilihan weffles kalau korang nak ada weffles aiskrim vanila dan aiskrim coklat.





Gerai Rahman Stall Kedai Mamak


Satu2nya kedai mamak ada kat sini, so tu lah Mahamahu ckp semua jenis makanan ada. Jadi pada yg suka makan roti kat sini segalanya jenis ada jadi order sajo. Ada juga rojak kat sini sepecial mantap.






Gerai Bucida Beverages


Ni adalah satu2nya gerai air untuk anda yg dtg makan kat sini. Tak perlu risau anda duduk nanti ada org dtg ambil order air. Lepas tu dia akan hantar air kat meja anda dan terus bayar. Semua jenis minuman ada yg halal saja lah hehehe..


Bagi Mahamahu konsep Bucida Court ini sangat2 memberangsangkan untuk org KL terutama nak cari tempata makan sambil relax lepas penat bekerja seharian. Ini kerana selain daripada anda boleh makan mcm2 pilihan tapi kat sini juga ada live band. Nanti menurut kata pemiliknya akan bukan live band untuk org awam menyanyi menunjukkan bakat mereka hehehe. 


Jadi tunggu apa lagi mai kita ramai2 pakat makan kat sini noh kerana memang sedap dan juga suasana open air menarik sangt. Kalau park kat sini pun ada banyak tak risau untuk anda yg dtg bekeluarga. Kawasan ini ada dua lavel kat atas dan kat bawah jadi luas sgt memang selesa. Ada toilet dan juga surau di sini. Mahamahu dah dtg anda bila lagi mai lah ker Bucida Court Sungai Penchala ini.

BUCIDA COURT
Alamat : Lot 2816 Jalan Damansara, Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur, Malaysia 
Phone : 03-4108 7922 
Email : bucidacourtsdnbhd@gmail.com