Fast Food,

Menu Baru White Curry Dari OLDTOWN White Coffee Untuk Masa Terhad

Selasa, Disember 09, 2014 Mahamahu 0 Comments

Menu Baru White Curry Dari OLDTOWN White Coffee Untuk Masa Terhad - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Anda mesti selalu dgr tentang OLDTOWN White Coffee sebagai restoran kopi putih terbesar di Malaysia. Tak asing lagi OLDTOWN White Coffee dengan dunia kopi anda dan juga hidangan lazat2. Namun kini OLDTOWN kembali memberi kelainan dalam menu mereka apabila memperkenalkan Siri Kari Putih. 


Buat penghujung tahun yg cemerlang buat OLDTOWN mempekenalkan Siri Kari Putih adalah sagt2 berpatutan. Kari Putih ini adalah menu baru yg menggabungkan kerjasama antara OLDTOWN dan MyKuali yg cukup popular dengan Mee Kari Putih Pulau Pinang. Sapa pernah cuba kari putih dari MyKuali ini akan tahu kesedapan sehingga di iktiraf peringkat antarabangsa.

White Curry Pan Mee (RM9.90)

Mahamahu buat pertama kali mencuba Kari Putih dari OLDTOWN ini memang rasa keunikan dan padanan rempah dan kesegaran bahan yang di gunakan. Rahsia menu Kari Putih ini adalah campuran pest kari dari MyKuali bersama dengan sup istimewa dari OLDTOWN menjadi Kari Putih OLDTOWN yg terbaik. Kari Putih ini didatangkan dengan beberapa mee yg sesuai dan mengikut selera tempatan. 5 jenis mee yg boleh di nikmati dengan Kari Putih ini adalah Mee Kuning, Meehoon, Makaroni, Pan Mee, dan Hor Fun (Kuew Teow)

White Curry Mee (RM7.90)

Paling menarik minat Mahamahu adalah Kari Putih dengan Mee Kuning yg semacam satu padanan yg meletop dan enak. Di tambah pula bahan2 lain di dalam hidangan ini seperti Fish Ball, Sayur kacang dan tauhu goreng memang satu gabungan mantap dalam Mee Kari putih ini. 

White Curry Mee Hoon (RM7.90)

White Curry Macaroni (RM8.90)
Bagi peminat Meehoon juga satu kombinasi sepadan dan kena dengan selera tempatan. Kalau yg suka Kuew Teow Kari Putih memang boleh cuba dalam set terbaru di OLDTOWN ini.  Bagi yg nak rasa kelainan dan gabungan timur dan barat Makaroni Kari Putih sangat2 sesuai. Anda boleh rasa Makaroni dalam kari putih satu campuran yg seakan makan di restoran barat. 

White Curry Hor Fun (RM8.90)

Apa pun pilihan anda Siri Kari Putih dari OLDTOWN ini adalah satu lagi ciri baru yg dapat memikat nafsu selera makan anda. Mahamahu dpat makan satu mangkuk itu pun dah cukup kenyang dan rasa puas hati. Tapi kalau nak sedap lagi boleh nikmati dengan minuman special bersama dalam promosi ini iaitu Peanut White Freezy

Peanut White Freezy

Minuman Peanut White Freezy adalah gabungan kacang soya yang di kisar menjadi minuman bersama satu sudu vanila aiskrim yang menambah krim dalam minuman ini. Ia sesuai untuk melegakan kepedasan dan keterikan setelah anda nikmati Kari Putih ini. Mahamahu pun rasa mcm tu tapi bila dah minum sangat2 rasa lega dan memuaskan.  Minuman ini boleh di add on bersama dengan pilihan Siri Kari Putih tadi sebagai satu set lengkap dengan harga berpatutan. Juga boleh anda nikmati kopi asli OLDTOWN dalam set Siri Kari Putih ini dengan harga yg cukup2 murah.

OLDTOWN Chocolate Mint Freezy & OLDTWON Enriched Chocolate Freezy

Bagi yg nak cuba promosi Kari Putih dan Peanut White Freezy boleh dapatkan di seluruh cawangan OLDTOWN White Coffee semenanjung Malaysia bermula dari 17 November 2014 sehingga 31 Januari 2015 atau selagi stok masih ada. Apa lagi tunggu jom kita nikmati Kari Putih special dari OLDTOWN White Coffee. Selamat menjamu selera.