Aktiviti,

Gua Bercahaya Dan Gua Belalai Gajah Lokasi Pelancongan Unik Di Guilin China

Selasa, Januari 06, 2015 Mahamahu 0 Comments

Gua Bercahaya Dan Gua Belalai Gajah Lokasi Pelancongan Unik Di Guilin China - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni Mahamahu masih nak sambung lagi perjalanan di Yangshuo untuk hari seterusnya. Selepas kami seharian melayari cruise untuk sampai ke pekan Yangshuo, kalau nak baca boleh rujuk kat link ini [klik sini]. Kini Mahamahu akan ke sebuah gua yg menjadi antara gua yg tercatat dalam Rekod Dunia sebagai gua paling banyak laluan. Crown Cave atau Gua Guayan iaitu satu2 gua yg cantik untuk anda lawati. 


Oleh kerana bukit berbentuk mahkota maka gua bawah telah diberi nama Crown Cave. Ia juga di kenali sebagai Ganyan (manis) gua dan ia dinamakan Guangyan (cahaya) gua kerana ada sinaran cahaya dari bumbung gua gelap pekat itu. Kalau anda masuk gua ini penuh dengan cahaya yg telah menyinari dalam gua untuk anda menikmati setiap sudut gua.





Gua ini luas dan mempunyai 3 peringkat iaitu peringkat bawah, petengahan dan peringkat atas yg paling tinggi dalam gua ini. Sepenjang pejalanan korang dalam gua ini akan di temani oleh pemandu pelancong yg akan menerangkan tentang perkara2 menarik dalam gua ini. Jadi luaskan imaginasi anda untuk menghayati setiap perjalanan kerana setiap bentuk batu ada ceritanya.





Ada satu bahagian kat bawah lantai gua ada aliran air yg jernis dan di dalamnya terdapat seakan-akan ikan duyung tengah mandi di dalamnya. Time tu korang tak akan rasa penat bila berjalan di dalam gua yg sejauh 12km ini. Walaupun kena naik tangga turun tangga tapi ia sangat2 sejuk di dalam dan kadang2 akan mengeluarkan peluh anda juga hehehe. 





Mahamahu rasa terpukau dalam gua ini dengan bentuk batu2 kapur dan juga penghasilan oleh titisan air menjadikan ukiran menarik dalam gua ini. Sepanjang korang berjalan nanti akan jumpa beberapa station untuk mengambil gambar. Mereka dah sediakan beberapa juru gambar untuk anda bergambar dalam gua bagi meninggalkan kenangan. Gua ini tak gelap terang benderang jadi jgn takut ok.





Selepas penat bejalan dalam gua ini tiba masa untuk kami pulang semua ke Bandar Guilin. Perjalanan darat menaiki bas mengambil masa 2 jam memang memenatkan. Jadi kami pun tido lah dalam bas sebelum sampai ker sana. Sebab selepas ini banyak lagi tempat nak pergi, kami nak ke satu kawasan gua gajah sedang minum air, ha pelik kan jap lagi Mahamahu cite ok. 



Sekarang kami berada di satu lagi kawasan wajib di kunjungi di Bandar Guilin ini. Ia kerana cukup popular dan menjadi lambang bandar itu. Ini lah yg di sebut sebagai Elephant Trunk Hill. Sebuah gua yg seakan sedang minum air dengan belalainya. Kalau korang tgk gua ini memang nampak seperti rupa gajah yg besar. Pembukaan pusingan yang akan berada di bawah batang gajah dikenali sebagai Water-Moon Cave kerana pada malam itu pantulan bulan dapat dilihat melalui gerbang dan ia kelihatan seperti ia adalah di bawah air dan terapung di permukaan air di masa yang sama.



Gua ini terletak di tepi perairan Sungai Li yg berada di tengah2 Bandar Guilin. Kalau korang tgk sungai ini memang panjang dan memang tiada penghujungnya. Jadi kalau korang daripada Elephant Trunk Hill ini juga boleh menaiki boat untuk menyusuri Sungai Li. Kat pesisir sungai ini juga ada pelbagai aktiviti yg di lakukan untuk menarik minat pelancong iaitu seperti bergambar dengan baju kebudayaan dan juga bergambar dengan Burung Commarate.



Di sepanjang Sungai Li itu juga ada satu taman untuk pasangan yg sedang bercinta. Kat taman itu di binakan pebagai replika manusia yg sedang beradu kasih. Kalau korang sampai sini taman ini memang kecil jer tapi penuh dengan patung2. Kalau waktu malam kawasan ini di terangi dengna cahaya lampu neon untuk menajadikan kawasan ini cukup indah dan cantik. Kalau datang bersama isteri sesuai sngt pergi ker taman ini. 







Lepas ini Mahamahu akan bawa anda untuk menaiki satu gunung tertinggi di Bandar Guilin dengan menaiki cable car. Tapi cable car ini cukup unik dan simple jer tapi boleh sampi ke puncak dengan selamat. Dari puncak boleh tgk keseluruhan Bandar Guilin dengan jelas dan cantik di kelilingi gunung ganang yg indah. Jgn lupa untuk terus bersama Mahamahu ok. Selamat bercuti...






0 Pandangan: