Ayam Penyet,

Penyet Express Menu Ayam Penyet Indonesia Di Sunway Piramid

Sabtu, Januari 17, 2015 Mahamahu 0 Comments

Penyet Express Menu Ayam Penyet Indonesia Di Sunway Piramid - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Antara menu makanan yang paling Mahamahu suka iaitu Ayam Penyet. Ayam Penyet adalah hidangan daging ayam goreng di hancurkan yg cukup popular di Indonesia. Ia terdiri daripada ayam goreng dihancurkan untuk menjadikannya lebih lembut, nasi panas, timun, tauhu goreng dan tempe. Is di sertakan dengan resipi khas sambal pedas, untuk melengkapkan hidangan. 



Hari ni Mahamahu nak bawa anda makan kat Penyet Express satu lagi restoran khas Ayam Penyet. Restoran Penyet Express ditubuhkan dan dikenali sebagai salah satu restoran terkemuka di Lembah Klang yang menghidangkan hidangan yang popular bersama-sama dengan makanan asli Indonesia yang lain. Restoran ini terletak di dalam pusat membeli belah Sunway Pyramid, Penyet Express menyampaikan pelbagai juadah Penyet seperti Udang Penyet, Bawal Penyet, Iga Penyet, Empal Penyet  dan Ikan keli Penyet




Kali ni Mahamahu telah pilih makanan penyet Bawal Penyet dan juga Empal Penyet. Di tambah pula dengan Sup Ekor memberi rasa kuah kepada hidangan ini. Maklumlah kalau makanan penyet ni semuanya kering tiada berkuah. Mahamahu suka kalau sambal yg di sediakan pedas dan mengamcam baru kaw sedap. 


Bila dah makan lauk penyet ni mesti kena minuman dengan minuman yg manis dan sweet jer. Sebab tu Mahamahu pilih ABC Laici ni sebab nak legakan tekak lepas makan yg pedas2. Makanan kat sini harga makanan pun boleh tahan berbaloi juga untuk anda dtg makan. Tempat yg juga selesa dan service juga bagus lah sebab cepat jer makanan sampai tak perlu tunggu lama. Apa pun ini adalah lokasi yg Mahamahu akan singgah makan kalau shopping kat Sunway Pyramid. Korang pun boleh dtg ok. Selamat Menjamu selera.