Aiskrim,

Dapur Mahamahu Resepi Aiskrim Pasu Bertemakan Tahun Baru Cina

Rabu, Februari 25, 2015 Mahamahu 0 Comments

Dapur Mahamahu Resepi Aiskrim Pasu Bertemakan Tahun Baru China - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Fenomena Aiskrim Pasu bagaikan tiada kesudahan kini telah menjadi viral dalam laman social. Mahamahu sendiri pun dah terikut untuk menjadi org yg menikmati aiskrim pasu. Tak tahu apa specialnya dan begitu sedapnya membuat Mahamahu untuk mencuba resepi ini.


Jadi sempena dengan Tahun Baru Cina yg masih di sambut oleh semua rakyat Malaysia, Mahamahu hari ni nak share bagaimana nak sediakan Aiskrim Pasu Tahun Baru Cina. Tak susah rupanya bila tgk bahan2 yg diguna pakai dan tak perlu masa lama untuk sediakan aiskrim pasu ini. Korang semua boleh sgt2 cuba bila2 masa free ada kat rumah saja nak cuba yg lain dari lain kan.


Bahan-bahan yg di perlukan untuk sediakan Aiskrim Pasu

1 biji bekas pasu plastik
1 biji bekas plastik
1 bekas vanilla aiskrim
1 bungkus biskut Cream-O
1 bekas Asparagus

 

Cara2 untuk menyediakan Aiskrim Pasu

1) Asingkan biskut Cream-O dengan krim di dalamnya. Kemudian kisar biskut Cream-O sehingga hancur untuk di jadikan sebagai tanah.
2) Cedokan aiskrim vanilla kedalam bekas plastik yg di gunakan untuk alas di dalam pasu.
3) Masukan bekas plastik yg mengandungi aiskrim tadi kedalam bekas pasu plastik.


4) Masukan batang Asparagus untuk di jadikan pokok hiasan di tengah2nya. Asaparagus ini juga boleh di kukus dahulu agar boleh dimakan sekali bersama aiskrim.
5) Ratakan biskut Cream-O yg telah di kisar tadi ke dalam pasu sehingga menutupi aiskrim tadi. 
6) Maka jadilah Aiskrim Pasu sempena Tahun Baru Cina. 


Nampak cantikkan dan menyelerakan. Boleh di hidang kepada tetamu yg dtg beraya di rumah anda. Masih sempat lagi untuk anda mencuba. Paling penting bekas pasu tak perlu besar2 sekadar cukup untuk makan seorang sahaja. Asparagus tu pula tak payah isi banyak2 sekadar nak nampak sebagai pokok dalam pasu. Kalau di kukus tadi boleh makan Asparagus tu tak ada masalah.



So lepas ni korang boleh cubalah aiskrim pasu rekaan Mahamahu ini hehehe. Walaupun boleh dapat aiskrim pasu ni kat meraka tempat tapi kalau anda buat sendiri tak banyak pakai kos pun. Lagi cantik dan pelbagai aiskrim yg boleh di isi kat dalam pasu tu. Ok lah selamat mencuba semua. Resepi ini juga boleh di dapati di laman LetsMasak.com.









0 Pandangan: