Belangkas,

Nak Makan Belangkas Sampai Ker Negeri Kedah

Jumaat, Februari 27, 2015 Mahamahu 0 Comments

Nak Makan Belangkas Sampai Ker Negeri Kedah - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang pernah makan Belangkas? Mahamahu pernah dgr tapi tak pernah makan. Sebenarnya kebetulan Mahamahu bercuti bersama keluarga di Kedah sambil2 balik kg terjumpa hidangan unik ini. First time tgk Belangkas secara life hidup lagi pulak tu.

Arked Tanjung Dawai

Sebenarnya sepenjang percutian tu Mahamahu berjalan beberapa kawasan menarik yg ada di sekitar Yan Kedah. Kebetulan pantai Tanjung Dawai juga tak jauh hanya 30 minit sahaja untuk ker sana dari Yan. Kat situlah semasa berjalan di Arked Tanjung Dawai nak beli ikan masin terjumpa lah makanan Belangkas ni. 

Belangkas

Mula2 teringin rasa nak cuba tapi takut lak nak makan jadi tak jadi nak order hanya ambil gambar sahaja. Masa kat sana banyak kedai makan juga dalam arked tu kalau nak cari kedai ada jual Belangkas ini hujung sekali. Kat kedai tu juga ada jual ikan bakar menjadi menu utama. Mungkin Belangkas ini pun di bakar tak tahu lah.

Laksa Kedah

Mee Udang

Air Batu Campur

Bila ada kat Arked Tanjung Dawai ini Mahamahu cuba lah makan hidangan special iaitu Laksa Kedah dan juga Mee Udang mereka. Sambil makan mengadap pesiaran laut dengan muara sungai memang menyelerakan. Dengan deruan angin dan juga melihat bot2 yg ada di tepi laut tu. Mahamahu juga telah order Air Batu Campur tghari2 mesti nak hilang rasa dahaga. 



Sebenarnya kat Arked Tanjung Dawai ini Mahamahu dtg bersama keluarga nak beli ikan masin dan juga beberapa lagi jenis ikan yg ada. Maklumlah kawasan dekat tepi laut memang banyk jual ikan2 kering ni. Selain tu juga korang boleh dpatkan mcm2 lagi makanan untuk di bawa balik ker KL. Mahamahu suka beli ikan bilis kat sini kerana bnyak pilihan dan harga pun murah juga tapi kena rajin tawar menawar.



Itu adalah sebahagian daripada aktiviti Mahamahu bercuti bersama keluarga di negeri Kedah sempena dengan cuti lama Tahun Baru Cina. Banyak lagi tempat menarik yg akan Mahamahu cerita dalam blog ini. Mahamahu pergi air terjun, gunung dan banyak lagi. Apa pun teruskan bersama Mahamahu ok.







 

0 Pandangan: