Aktiviti,
Sapa Suka Minum Susu Mesti Kenal Fonterra
Sapa Suka Minum Susu Mesti Kenal Fonterra - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mesti setengah org dah kenal apa tu Fonterra. Knp tiba2 Mahamahu sebut pasal sebuah syarikat yg telah 40 tahun menjadi pembekal barangan dan produk tenusu di Malaysia. Itulah dia Fonterra yg merupakan sebuah syarikat yg memberi tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu Ingredients, Consumer brands dan Foodservice.
Sebenarnya Mahamahu pun pertama kali baru dgr nama Fonterra ini sebelum ini hanya kenal susu Fernleaf, Anlene, Calciyum dan banyak lagi. Itu adalah antara produk keluaran syarikat ini sejak dulu lagi. Mereka adalah pengeluar ternusu yg memiliki sijil Halal JAKIM dan juga badan pemantauan dalaman tentang kualiti dan Halal ini. Mereka adalah pengeksport besar produk ternusu dari New Zealand terus ke Malaysia.
Knp tiba2 Mahamahu cite pasal sejarah Fonterra ini? Sebenarnya Mahamahu dan beberapa org media telah di jemput dalam satu program ramah mesra pihak syarikat Fonterra dan juga media Malaysia. Ini dalam usaha mereka untuk lebih di kenali di peringkat akar umbi dan juga lebih terdedah kepada bagaimana produk Fonterra ini boleh di gunakan dalam masakan hari2 anda.
Program yg telah berlangsung di The Cooking House Bangsar baru2 ini. Mahamahu dan beberapa rakan media di terangkan tentang apa itu Fonterra dan bagaimana business mereka ini berjalan. Hari tu lah baru Mahamahu tahu rupa2nya produk2 tenusu ini adalah kebanyakan keluaran mereka. Lepas ni lebih faham lah Mahamahu yg naif ini tetang pengimport produk tenusu ini.
Pada majlis tu juga kami bukan sahaja dapat bekenalan dengan pengurusan malah dua org Chef yg menjadi Hot Cooking Advisory Chef di dalam syarikat Fonterra ini. Ini dia dua org chef berpengalaman iaitu Chef Firuz dan Chef Alex. Mereka memang mahir dalam mencipta produk makan daripada bahan2 asas keluaran Fonterra.
Kenapa Mahamahu ckp mcm tu sebab dalam program ini juga kami di beri peluang untuk belajar memasak makanan yg popular menggunakan produk keluaran Fonterra. Mesti korang tak cayakan Mahamahu sekarang dah pandai memasak piza yg sedap. Hari tu kami di ajar memasak dua jenis piza iaitu Pizza Creamy Tomato Mint with Masala Herb Chicken with Thick Cucumber Raita dan juga Creamy Yogurt Pear Berries Pizza. Mahamahu bukan sahaja belajar tapi juga di beri peluang bersama media lain untuk memasak sendiri piza ciptaan kami. Untung tak! hehehe siap boleh bawa balik lagi piza tu.
Pada hari tersebut juga mereka mengadakan pertandingan untuk membuat smoothie. Dua org chef ini mengajar kami bagaimana membuat smoothie menggunakan produk Fonterra iaitu Anlene Yogurt, Anchor Fresh Milk dan Anlene Creamy Powder. Alhamdulillah tak sangka idea Mahamahu bersama dengan akak dari media Karangkraf menjadi sehingga kami di umumkan juara membuat smoothie. Sebab tu yg ada bawa pulang hamper produk Fonterra jgn jelous ok. Nanti Mahamahu akan share resepi untuk buat smoothie yg kami menang hari tu, smoothie ini di beri nama Smoothie Dragon Dong.
Jom kita kenali antara beberapa produk keluaran Fonterra sebagai panduan dan rujukan korang juga. Mahamahu pun dah kenal jadi share lah dengan korang ok. Mana tahu bila nak beli nanti senang dah tahu kualiti dan Halalnya produk mereka.
So lepas ni kalau nak beli produk tenusu yg di jamin sihat dan bekualiti serta Halal boleh dapatkan keluaran Fonterra. Produk2 mereka pun telah di guna pakai di semua peringkat seperti hotel, katering, restoran dan juga banyak lagi. So jgn lupa ingat susu ingat produk Fonterra ok...
0 Pandangan: