Congkak,

Tanah Aina Cafe Makan Dalam Congkak Pulak?

Khamis, Februari 12, 2015 Mahamahu 0 Comments


Tanah Aina Cafe Makan Dalam Congkak Pulak? - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian.Korang pernah tgk makanan di hidangkan dalam congkak. Inilah pertama kali Mahamahu tgk bila nampak makanan di hidangkan dalam congkak. Bukan satu tapi ada 14 jenis kuih yg di hidang dalam congkak. Special set minum petang ini hanya ada di Tanah Aina Cafe sahaj tempat lain memang tak jumpa. 


Mana letaknya Tanah Aina Cafe ni? Selalu pernah dgr tentang resort Tanah Aina jer kan kat Janda Baik Pahang, tapi Tanah Aina Cafe tak letak dalam hutan hanya di Batu 3 Shah Alam sahaja. Letak seberang higway faderal KL - Shah Alam sahaja. Kat sini lah korang boleh dapat makanan dalam congkak untuk dua org bersama teh atau kopi. Dalam set congkak ini ada 14 jenis kuih muih tradisional dan moden untuk makan petang sambil santai. 


Set High Tea Congkak

Selain tu juga bukan untuk makan petang sahaja kat cafe ini ada juga menu2 pembuka selera, menu utama dan juga dessert. Bagi pembuka selera kat sini korang boleh cuba salad tradisional dimana ia menggunakan banyak sayur-sayuran tempatan dalam ini. Memang rasa asli hidangan tempatan membuka selera untuk makan banyak lagi. 

Tanah Aina Salad

Menu utama dalam Tanah Aina Cafe ini terdapat hidangan tempatan yg di fusion kan dan juga hidangan barat yg sesuai mengikut citarasa kita. Paling special adalah Nasi Lemak yg di bungkus dengan daun pisang bersama dengan ikan masin dan juga rendang. Lain yg menarik di cafe ini anda boleh cuba Nasi Goreng Lesung, Mee Kari, Lamb Shank, Pizza, Fettuccine Carbonara, Meehun Goreng, Nasi Briyani Kambing, Mee Goreng, Mee Sup dan banyak lagi.

Nasi Lemak Rendang
Fettuccine Carbonara

Steak

Aglio Olio

Meehun Goreng

Mee Kari

Pizza

Nasi Goreng Lesung

Bagi pencuci mulut pula korang boleh pilih selain dari Set Congkak tadi ada byak lagi yg sedap2. Ada Cucur Udang terbaik kerana rasa rangup dan enak, ada juga  Bread Cicah, Calamari Sup Pumpkin dan Cake pelbagai perisa. Paling best yg Mahamahu suka adalah Pengat Durian bersama Pulut yg terbaik sgt kat sini. Menurut kata pemilik cafe ini Durian yg di gunakan adalah Durian yg di ambil dari resort mereka sendiri dan ianya cukup original. 

Cucur Udang
 
Bread Cicah

Churros Cinnamon Sugar

Pengat Durian Bersama Pulut

Carrot Cake

Cake

Calamari
Cappuccino

Local Coffee

Tanah Aina Cafe milik Puan Sri YG Berbhg To 'Puan Datuk Shariff Sabrina Syed Akil dan kini di wariskan kepada anak2 beliau untuk uruskan cafe ini. Keutamaan cafe ini adalah menggunakan bahan original dari resort mereka sendiri dan juga tiada MSG dalam semua hidangan ini. Menurut Puan Sri lagi beliau sebagai pecinta alam semulajadi paling tegar turut menjadi pengasas kepada NGO Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) yg bertanggungjawab menjaga alam sekita dan hutan2 milik Malaysia.

Ucapan dari Pengasas Tanah Aina Puan Sri YG Berbhg To 'Puan Datuk Shariff Sabrina Syed Akil


Kini PEKA juga akan menganjurkan 2015 Forest Tracking Race pada bulan March ini di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah Perak. Anda yg memang pecinta alam dan nak support aktiviti NGO ini memang di alu-alukan untuk mendaftar sekarang di laman web pekamalaysia.org Apa pun kita makan tu makan juga, alam sekitar kena jaga kerana inilah satu khazanah yg tiada gantinya dan tercantik hanya ada di negara kita. Jadi sama2 kita jaga alam sekitar dan selamat menjamu selera dari Mahamahu....

TANAH AINA CAFE
Wisma Tanah Aina
No: 1, Jalan Mesra 1,
Taman Mesra Batu 3
Shah Alam, Selangor
Tel : 03 5524 3258