5 Stars,
Cristallo Makan Malam Romantik Disinari Cahaya Di Tengah2 Kuala Lumpur
Cristallo Makan Malam Romantik Disinari Cahaya Di Tengah2 Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu pernah cerita tentang pengalaman menginap di sebuah suites hotel lima bintang yang terbaik di tengah2 Kuala Lumpur. Di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur bukan sahaja mempunyai penginapan selesa malah juga mempunyai tempat makan yang cukup hebat.
Salah satu antara restoran yang popular di Pacific Regency Hotel Suites untuk anda makan malam adalah Cristallo. Makan malam anda lebih bermakna dengan bertemankan cahaya malam di tengah2 Kuala Lumpur dan hidangan yang enak2 ada di situ. Mahamahu rasa ini adalah tempat paling sesuai untuk korang bawa pasangan masing2 menghabiskan malam bersama. Cukup romantik dan rasa seperti masih baru berbulan madu.
Cristallo berada pada ketinggian 34 tingkat bukan sahaja dapat melihat keseluruhan KL pada waktu malam tapi anda dapat menikmati kesedap hidangan yang ada di sini. Berkonsepkan dinning anda akan di jamu dengan hidangan bertaraf 5 bintang. Daripada makanan pembuka selera sehinggalah makanan pencuci mulut. Jom Mahamahu perkenalkan antara menu2 yang popular boleh anda cuba makan di Cristallo ini.
Timbale of Smoked Chicken and Avocado |
Semua menu ini adalah cadangan daripada tukang masak di sini yang menjadi hidangan pilihan ramai tetamu meraka. Yang pertama untuk pembuka selera Mahamahu telah mencuba Timbale of Smoked Chicken and Avocado With Chili Mango Salsa, Watercress & Hazelnuts Salad. Cukup rasa ringan dan membuka selera makan anda dan ia makanan sihat. Untuk Soup pula Mahamahu telah pilih Kaffir Scented Lobster Soup with Sea Scallop, Coconut Foam. Ia adalah sup makanan laut yang agak krimer tapi tak boleh makan banyak kerana nanti korang cepat kenyang hehehe..
Kaffir Scented Lobster Soup |
Bagi hidangan utama pula Mahamahu di hidangkan dengan Pan Seared Sirloin of Black Angus Beef, Truffle Potato, Baby Carrot, Fine Beans, Signature Sarawak Black Paper Sauce. Daging ini di masak Medium Rear kerana Mahamahu masih nak rasa kelembutan pada daging ini dan ia memang cukup lembut dan rasa semua bahan2 perapannya.
Pan Seared Sirloin of Black Angus Beef |
Manakal untuk pencuci mulut pula Mahamahu di hidangankan lain daripada lain kerana ia tidak begitu manis dan anda akan dapat rasa rempah dalam dessert ini. Ia di panggil Chocolate Spiced Torte, Lemon Sherbet, Light Hazelnut Custard. Dalam hidangan dessert ini anda akan dapat rasa sedikit kepedasan pada hujung rasanya tapi tak terlalu kuat. Itu lah yg menjadikan ia begitu unik dan menarik.
Chocolate Spiced Torte |
Semua hidangan ini akan membuatkan anda bukan sahaja kenyang tapi dapat menikmati hidangan international yang memang membuat anda rasa bahagia. Tambah2 kalau korang makan dengan insan tersayang memang cukup berbaloi. Suasana selesa romantik lepas tu pula boleh terus pergi mandi kat swimming pool yang ada memang cukup menarik percutian anda kat Kuala Lumpur ni.
So apa tunggu lagi ini adalah lokasi istirehat anda yang membaloi dengan bayaran yang di keluarkan. Seperti mana yang Mahamahu tulis sebelum ini adan boleh buat tempahan bilik segera bersama dengan makan malam di mana2 restoran yang ada di sini. Selamat bercuti pada anda semua ok...
Tempahan PACIFIC REGENCY HOTEL SUITES
Laman web : www.pacific-regency.com
0 Pandangan: