Char Kuey Teow,
Mencari Char Kuey Teow Terbaik Di Seksyen 19 Shah Alam
Mencari Char Kuey Teow Terbaik Di Seksyen 19 Shah Alam - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau sebut Shah Alam memang menjadi tempat paling banyak makanan yang sedap2 dan enak2. Dari makanan tempatan sehinggalah kepada makanan barat segala ada di sini. Tapi kali ni Mahamahu nak share satu lagi tempat makan Char Kuey Teow paling sedap di Shah Alam.
Sapa tak kenal Sham Char Kuey Teow 696 Seksyen 19 Shah Alam. Nak cari tak susah bila anda sampai Seksyen 19 Shah Alam cari sahaja bangunan Kak Ton memang betul2 sebelah dengan bangunan tersebut. Restoran ni di tulis Sham Char Kuey Teow 696 kata pemilik restoranan ini En Sham semua resepi di bawa dari kampung dan turun temurun.
Selain daripada rasa rempah ratus yang enak dalam campuran Char Kuey Teow ini paling best bila anda buat pilihan mesti kena cuba Char Kuey Teow Udang. Ini kerana anda pasti puas hati dengan udang2 yang besar2 ada dalam Char Kuey Teow tu. Korang tengok sendirilah gambar2 yang Mahamahu ambil ni memang rasa nak makan lagi. Dalam Char Kuey Teow ini di campur bersama dengan daun kucai dan taughe menjadi ia cukup special.
Char Kuey Teow Udang |
Paling menarik korang kena cuba Char Kuey Teow 3 Serangkai yang mengandungi Udang besar2, kerang dan juga sotong yang banyak. Memang korang akan puas makan semua ni dalam satu hidangan dan akan minta lagi percayalah.
Char Kuey Teow 3 Serangkai |
Pada peminat ketam pula kat sini menyediakan Char Kuey Teow Ketam yang memang besar bukan kecik2 punya. Sekali korang makan akan puas hati dan rasa kenyang sekenyangnya. Ketam ni pun besar kan penuh satu mengkuk ni. Ni masa makan wajib basuh tangan hehehehe. Ketam ini juga di sediakan dengan mee yang juga menarik untuk anda pilih mcm mana Mahamahu pilih ni.
Char Kuey Teow Ketam |
Mee Ketam |
Restoran ini bukan sahaja ada makanan Char Kuey Teow walaupun namanya dah sebegitu tapi ada juga hidangan lain yang menarik untuk anda cuba. Paling menarik perhatian Mahamahu adalah Set Bawal Goreng yang menyediakan ikan bawal goreng rangup bersama dengan sambal belacan dan ulam serta kuah kari. Sesuai untuk anda buat makan tengahari kat sini.
Set Bawal Goreng |
Tapi restoran Sham Char Kuey Teow 696 ini hanya di buka dari pukul 1.00tengahari sehingga 12.30tengahmlm setiap hari kecuali pada hari Rabu. Kalau anda datang malam memang penuh selalu orang kat sini silap2 anda tak dapat makan. Tak apa sabar ok and boleh datang hari lain. Apa pun ini dalah lokasi pilihan Mahamahu anda tak nak cuba ker. Selamat menjamu selera semua...
SHAM CHAR KUEY TEOW 696
Lot G53, Jalan Nelayan A, 19/A, Seksyen 19 Shah Alam
Tel : 011-32651929
Facebook : Sham Char Kuey Teow
0 Pandangan: