Boat Noodle,

7 Menu Baru Dari Boat Noodle Harus Anda Cuba

Selasa, April 07, 2015 Mahamahu 0 Comments

7 Menu Baru Dari Boat Noodle Harus Anda Cuba - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mesti korang pernah makan kat Boat Noodle sapa tak kenal restoran popular di negara Thai kini dah ada di Malaysia. Makan tidak lah begitu mengenyangkan tapi banyk pilihan boleh cuba di sini dan itu membuatkan kita kenyang wakakaka.



Sebenarnya 7 menu ini telah boleh anda nikmati di semua cawngan Boat Noodle dan Maha baru sahaja cuba menu2 ini. Sebelum ini tahu restoran ini hanya ada makanan mee dan juga makanan Thai. Tapi kini dah ada macam2 menu makanan di sini dan Maha rasa ia cukup menyelerakan. Paling menarik menu baru ini adalah Bangkok Omelet with “Sood Yut” nak tahu jom kita tgk menu2 baru dari restoran ini.


Pertama Tempura Thai Popeye ini adalah makanan ringan yang mempunyai bayam segar goreng yang dimasak dalam segar dan ditambah pula dengan  "Soot-Yot" yg menyenangkan. Soot-Yot dalam Thai bermakna hebat.

Tempura Thai Popeye

Kedua pula Yum Mama ini adalah mi segera Thai klasik dilitupi dengan beberapa keping sosej ayam, ketam kayu dan greenies. Ketiga pula menu Yum Woon Sen, anda mesti cuba hidangan untuk penggemar makanan laut yang berani untuk mengambil makanan pedas! Menduduki tempat teratas dengan udang melenting dan ketam kayu, Woon Sen atau lebih dikenali sebagai Bihun ditetapkan untuk memberikan rasa tambahan perisa kepada pengunjung.

Yum Mama

Yum Woon Sen

Keempat menu ringkas Yum Meatball iaitu bebola daging yang di goreng bersama dengan sayur dan sedikit sos untuk rasa pedas tapi tak lah pedas menarik. Ia adalah makanan ringan untuk anda santai sambil makan di sini. Kelima menu Boat Noodle Sangkaya, ia sesuai untuk sarapan lewat pagi, minum petang dan juga pencuci mulut mudah selepas makan, Boat Noodle Sangkaya adalah makanan ringan yang ringkas untuk anda. Di Thailand, Sangkaya bermaksud "custard"; ia adalah satu hidangan tipikal roti kukus dan jumlah yang murah hati buatan sendiri. Ini Maha tak sempat cuba hari tu jadi tak ada pic hehehe...

Yum Meatball

Keenam menu Bangkok Omelet with "Sood Yut". Seperti namanya, rasa lapar boleh mempunyai perut mereka penuh dengan hidangan sihat ini kerana dalam menu ini ada telur dadar bersama nasi putih tapi lain daripada lain rasanya. Cukup simple tapi kenyang dan menarik untuk anda cuba. Yang last sekali menu Kra-Pow Nasi Ayam. Kra Pow dalam Thai merujuk kepada Thai Basil Leaf. Ia adalah salah satu makanan jalanan yang biasa di Thailand yang sentiasa memenangi hati ramai.

Bangkok Omelet with "Sood Yut"

Kra-Pow Nasi Ayam

Selain daripada makanan ada juga minuman yang terbaru dan menarik di Boat Noodle yang mesti anda cuba. Paling best adalah Ice-Blended Coconut yang paling unik kat sini kerana air kelapa di blend bersama dengan isi kelapa memang segar dan menyihatkan untuk anda cuba. Bagi yang minat Green Tea korang mesti kena cuba Ice-Blended Green Tea memang cukup pekat dan berkrim. Dalam bekas air yang besar dan puas untuk minum.

Ice-Blended Coconut

Ice-Blended Green Tea dan Ice-Blended Thai Tea

Thai Iced Tea

Buat anda nak cari kat mana restoran Boat Noodle kini telah mempunyai sembilan cawangan di Malaysia yang strategik terletak di Empire Damansara, The School at Jaya One, Ikon Cheras, Berjaya Time Square, Publika, Sutera Mall di Johor Bahru, Gamuda Walk di Kota Kemuning, Klang Parade dan D'Pulze Cyberjaya. Untuk maklumat lanjut promosi dan juga menu baru boleh pergi laman Facebook mereka ok. Selamat menjamu selera.

BOAT NOODLE RESTAURANT








0 Pandangan: