Bucida Court,

The Best Maggi Kari Ketam In Town Miss Pah Hot Pots Bucida Court

Khamis, April 09, 2015 Mahamahu 0 Comments

The Best Maggi Kari Ketam In Town Miss Pah Hot Pots Bucida Court - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mana nak cari maggi kari dengan ketam sekor kat dalamnya memang susah. Tapi kat KL kini dah ada The Best Maggi Kari Ketam In Town mana lagi kalau bukan di Miss Pah Hot Pots terletak di Bucida Court.



Main menu kat sini mestilah Maggi Kari Ketam Nipah, tgk sebesar alam ketam nipah di letak dalam maggi kari ni. Memang korang puas makan nak kopek ketam dan rasa maggi kari terbaik toqqq... Menurut kata Miss Pah pemilik gerai ini bekalan Ketam Nipah di perolehi dari pembekal yang menyediakan ketam hidup dan segar. Korang boleh pilih nak ketam mana hehehehe...

Maggi Kari Ketam Nipah


Kalau korang rasa susah nak makan ketam korang boleh pilih makanan laut lain yang ada di sini. Semua di masak dengan maggi kari. Kalau ikutkan ada mcm2 maggi kari dengan makanan laut paling best mesti ketam dan juga Maggi Kari Udang Galah. Ambik kau sebesar alam udang galah di letak dalam mangkuk maggi kari ni puas makan.

Maggi Kari Udang Galah

Maggi Kari Tiram

Lepas tu lak ada Maggi Kari Tiram ni pun terbaik juga kalau korang cuba. Tapi kalau tak nak makan dengan maggi kari korang boleh cuba masakan ketam yang sedap di makan dengan nasi putih. Ada masakan Ketam Sambal Berlada dan Ketam Sambal Hijau. Ni juga menjadi menu menarik kalau orang datang makan kat Bucida Court ni.
 
Ketam Sambal Berlada

Ketam Sambal Hijau


Sebelum ini gerai Miss Pah Hot Pots berada di lot2 ataskan tapi kini akan berubah sedikit kedudukan ke lot bawah pula. Tapi masih kat Bucida Court jangan risau tak jauh pun cuma kat bawah sikit, dekat dengan gerai minuman hehehehe. Apa pun tempat ni memang menjadi perhatian orang datang makan malam sambil santai2 tonton bola atau tonton movie. Mahamahu datang pun rasa best tempat ni kerana luas dan senang semua ada. Jangan lupa datang sini ok selamat menjamu selera.

MISS PAH HOT POTS