Be LOHAS,
Be LOHAS Menyediakan Masakan Burger Berasaskan Organik Sihat Dan Sedap
Be LOHAS Menyediakan Masakan Burger Berasaskan Organik Sihat Dan Sedap - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Susah sebenarnya nak ajar orang tempatan kita terutamanya untuk menggunakan makanan organik yang lebih sihat dan lebih terjamin keselamatannya. Bila sebut sahaja makanan organik ramai yang mula rasa tak selesa dan ada orang pula kata ia tak berbaloi. Sebenarnya makanan organik ni telah lama di perkenalkan di seluruh dunia. Ia bukan sahaja menyelamatkan diri kita malah juga alam sekitar kita.
Oleh dari kesedaran itulah maka perusahaan keluarga Lee ini telah mula di perkenalkan di Malaysia. Sedikit sejarah tentang permulaan perniagaan BMS Organics ini. Telah lebih datu dekat syarikat ini mengusahakan penjualan produk organik di Malaysia dengan bermula perusahaan di Subang Jaya. Mula menjual produk organik di dalam kedai dan kemudian mengembangkan perushaan ini dalam bidang kafe pula pada tahun 2007 dengan cawangan pertama di Bandar Puteri Puchong.
Tujuan utama kafe organik atau Be LOHAS di wujudkan adalah untuk menyediakan hidangan makanan yang 100% berasaskan organik dan sihat. Kini mereka telah mempunyai 46 kedai BMS Organics dan 16 kafe organik cawangan seluruh Malaysia. Percaya atau tidak mereka juga mempunyai sijil kualiti peringkat antarabangsa dan dalam Malaysia. Jadi jangan bimbang ia semua adalah selamat dan terjamin.
Sebab tu Maha pergi makan kat sini. Bukan kerana ia selamat malah ia sihat untuk tubuh badan. Mula2 tu ada rasa takut juga nak cuba makanan orgnaik ini. Maklumlah makanan sihat tiada MSG dan juga bahan yang memberi kesan lain seperti penggunaan garam dan gula yang tidak dihat. Tapi bila dah cuba sendiri semua makan di kafe mereka memang ia sangat2 lain. Semua menunya bukan sahaja sihat tapi sedap sebenarnya. Jom Maha cite sikit beberapa hidangan yang sempat Maha cuba sendiri di sini.
Pastinya pertama Maha akan cari hidangan yang menjadi pilihan utama chef di kafe ini. Maha dapat dua hidangan yang menjadi cadangan utama untuk anda cuba bila singgah di sini. Pertama Organics Soya Milk Curry Laksa Noodle yang menyediakan hidangan mee laksa dengan kuah kari. Hidangan ini sangat sihat kerana ia tidak menggunakan santan biasa tapi menggunakan susu soya sebagai ganti kuahnya. Antara bahan2 sayuran organik yang di gunakan dalam hidangan ini adalah seperti kacang buncis, terung, kacang bendi dan kentang.
Organics Soya Milk Curry Laksa Noodle |
Ia juga menggunakan sayur Alfalfa Sprout untuk membantu mencegah pengumpulan lemak pada arteri, wow dah mcm doktor pulak Maha. Tapi sedikit2 tu kita kena tahu khasiat dah kebaikan makanan yang kita makan betul tak. Mereka juga menggunakan Grape Seed Oil untuk menggantikan minyak masak biasa agar lebih sihat dan selamat. Rasa sama sahaja macam makan mee kari tapi lebih sihat dan lebih sedap walaupun guna susu soya masih kekal rasa kuah kari tu jangan takut nak makan memang Maha yakin korang akan bertambah nanti.
Hidangan kedua pula yang di cadangkan untuk anda cuba kat sini adalah 5 Colours Energy Lei Cha. Hidangan nasi ini kalau sekali tengok macam nasi kerabu yang mengandungi pelbagai jenis sayuran sihat mengikut warna. Kat sini ada 5 jenis warna yang menjadi 5 element kesihatan dalam hidangan ini iaitu hitam dari bahan kulat hitam dan juga Saseme Hitam yang tinggi kalsium dalamnya.
5 Colours Energy Lei Cha |
Kemudian warna putih dari bahan sayur kobis yang tinggi dengan vitamin C, E dan Carotene. Warna seterusnya adalah warna merah yang datang dari organik karot yang memberi kesihatan mata anda. Warna ke empat hijau iaitu dari sayur daun salad, kacang panjang dan timun yang tinggi vitamin dan mineral untuk tubuh badan. Yang akhir sekali warna kuning yang datang dari brown rice dan gajus. Dimana brown rice mampu mengurangkan kadar gula dalam badan memang sihat.
Cara makan nasi ni pula perlu campurkan semua bahan2 dari 5 element tadi kedalam nasi ini dan gaulkan kemudian campurkan pula dengan Lei Cha Suop campuran teh organik, gajus, basil, kacang dan daun mint. Lagi lah bertambah sihat dan hidangan ini memang sedap kerana dapat rasa nasi dan kerangupan kacang dan sayuran segar dalam ini. Memang boleh makan dan macam makan nasi sayur lah enak dan berkhasiat.
Bamboo Veggie Burger |
Hidangan seterusnya Maha cuba satu hidangan organik yang telah mengalami revolusi moden iaitu Bamboo Veggie Burger. Hidangan burger seperti macam burger di luar sana tapi ia semuanya adalah organik termasuk patty di dalamnya. Korang percaya tak bahawa patty yang di hasilkan sendiri ini hanya menggunakan cendawan dan campuran herba bersama tepung untuk pastikan ia sihat. Dalam set ini di sediakan bersama dengan minuman Karamalz classic dan juga salad sayur dan kentang.
Kemudian sayur2 yang ada dalam burger ini memang lengkap melengkapi dengan susunan yang pasti akan membuat anda rasa manis, rangup dan masam serta segar sangat. Sayur adalam salam burger ini seperti Alfalfa Sprout, lada bengala, tomato dan nenas yang memberi rasa manis dan masam dalam burger ini. Kemudian daun salad segar dan juga mayonis buatan sendiri tanpa pengawet di apit dengan roti buatan sendiri daripada arang. Sebab tu warna gelap tapi memang lembut sangat roti tu boleh makan begitu sahaja.
Ginger Mee Sua With Sesame Oil |
Last menu yang Maha cuba kat kafe ini adalah Ginger Mee Sua With Sesame Oil hidangan berasaskan mee. Hidangan ini sangat kuat rasa herbanya dan juga halia. Bagi yang tak tahan rasa halia kadang2 anda akan rasa pahit sedikit. Tapi untuk kesihatan menu ini sangat sesuai untuk mencuci perut anda. Tak ada rasa pedas kat sini walupun ada cili dalamnya tapi ia enak dan memberi rasa tersendiri.
Summer Fruit Tea |
Setelah makan mesti nak minumkan sebab tu lah Maha talah pilih satu minuman sihat yang menyegarkan iaitu Summer Fruit Tea. Minuman ini gabungan 3 jenis air iaitu teh, oren dan markisa. Minuman ini datang dalam hidangan panas dan sejuk tapi lagi elok minum panas. Ia dapat rasa kesegaran campuran tu dalam minuman ini.
Ok lah untuk setiap main course yang anda order di sini anda akan di berikan minuman teh herba dan juga pill spirulina yang membantu kesihatan anda. Jadi kalau sapa2 nak mencuba hidangan di Be LOHAS Cafe, Maha sangat2 alu2kan kedatangan anda kerana ia tidak teruk seperti mana anda gambarkan. Makanan kat sini masih sedap dan rasa seperti makanan biasa, cuma kat sini tambahan lebih sihat menggunakan bahan organik.
Selepas makan boleh lah shopping bahan2 organik yang di jual di kedai2 BMS Organics. Sesetengah kedai memang ada kafe dan kedai jualan barang2. Kalau anda kat situ beli beberapa bahan organik bawa balik boleh makan kat rumah. Selain makanan dan minuman bahan organik juga ada dalam bentuk produk kecantikan dan kebersihan badan di hasilkan dari bahan organik. Tak rugi shoopping kat sini. Boleh layari laman web dan juga laman facebook mereka untuk ketahui lokasi kedai dan kafe ini ok. Selamt mencuba dan selamat menjamu selera.
Be LOHAS Cafe
Laman web : http://www.bmsorganics.com
Facebook : https://m.facebook.com/bmsorganicsfanpage
Laman web : http://www.bmsorganics.com
Facebook : https://m.facebook.com/bmsorganicsfanpage
0 Pandangan: