Aktiviti,

Hari Kedua Perdana Trail Menjejaki Budaya, Warisan Dan Sejarah Kelantan

Jumaat, Mei 22, 2015 Mahamahu 0 Comments

Hari Kedua Aktiviti Perdana Trail Menjejaki Budaya, Warisan Dan Sejarah Kelantan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Post ini adalah sambung kepada post penjelajahan Maha di Kota Bharu Kelantan. Terima kasih kepada Hotel Perdana Kota Bharu dan juga Destination Malaysia. Hari kedua ini lebih mencabar dan lebih menarik bagi Maha kerana ia adalah aktiviti luar yang di kenali sebagai Perdana Trail


Maha teruja sangat apabila dapat menyertai Perdana Trail yang juga dimulakan oleh Hotel Perdana Kota Bharu sendiri dan di asakan oleh Pengurus Besar-nya En Muhammad Taha Zainal. Ini kerana Hotel Perdana Kota Bharu terletak betul2 di tengah2 Bandar Kota Bharu ini maka untuk Perdana Trail ini hanya perlu berjalan kaki sahaja dapat melawati tempat2 menarik sekitar Kota Bharu.



Rasa adveture tak jalan kaki beramai-ramai sambil dapat mengenali sejarah dan asal usul negeri Kelantan. Sepanjang perjalanan tu banyak tempat persinggahan yang akan kami lawati sambil mendapat maklumat dan bergambar kenang-kenangan. Jom Maha tunjukkan antara lokasi yang kami lawati sepanjang menyertai Perdana Trail ini mesti anda juga akan teruja.

1) Muzium Kelantan 


Apabila anda melangkah keluar dari Hotel Perdana itu hati mesti excited kerana nak pergi ke tempat2 yang korang sendiri tak pernah pergi. Sepanjang perjalanan anda akan dapat lihat pelbagai reka bentuk bangunan yang baru dan lama serta penuh dengan sejarah. First lokasi yang kami singgah dalam Perdana Trail ini ialah Muzium Kelantan.



Dalam muzium ini anda dapat ilmu sejatah asal usul dan cerita permainan wayang kulit. Dalam muzium ini juga tersedia permentasan untuk mengekalkan warisan budaya wayang kulit. Juga dalam ni dipamerkan pelbagai jenis boneka dan juga rekaan patung wayang kulit yang memang membuat anda terpesona. Paling unik korang akan lihat patung wayang kulit yang seperti real dan hidup.




Kalau anda nak tengok juga bagaimana permainan wayang kulit di main dan di sini juga di sediakan tayangan pementasan wayang kulit yang kelakar dan menarik. Maha sendiri yang jarang dapat lihat permainan wayang kulit ni rasa tertarik dengan apa yang ada dalam muzium ini. Jadi ia satu kenanga untuk Maha belajar bagaimana ia terhasil dan di mainkan.

2) Bulatan Jam


Lepas tu berjalan kaki pula untuk melihat sendiri bagaimana buah kurma yang betul2 berada di pokok kurma. Korang pernah tengok ker buah kurma yang masih di pokok. Itulah kelebihan yang ada di negeri yang di panggil Serambi Mekah ini. Kurma inidi tanam di kawasan Bulatan Jam pada mulanya sebagai pokok hiasan tapi kini ia menjadi daya tarikan pelancong ker Kota Bharu.



Tapi buat pertama kali tahun lepas pokok ini mengeluarkan bunga dan menghasilkan buah yang banyak. Itulah satu sejarah menarik ramai pelancong datang semata untuk melihat pokok ini berbuah. Ada lebih 30 batang pokok kurma yang tumbuh subur di sini. Kalau anda datang pada bulan menghampiri Ramadhan Insha Allah dapat melihat sendiri pokok ini berbua dan juga masak.

3) Kedai Kopi Din Tokyo


Kalau korang berjalan di sepanjang jalan di Kota Bharu ini korang akan dapat melihat banyaknya kedai emas milik orang tempatan. Juga dapat lihat bangunan kedai yang menjadi binaan paling lama dan sejarah di bandar ini. Selepas tu, tekak mula dahaga kami singgah ker Kedai Kopi Din Tokyo yang memang popular di sini. Korang boleh baca di entry Maha tentang kedai unik hanya ada di Kota Bharu sahaja.

4)  Bank Pitis


Kami teruskan lagi perjalanan menjelajah Perdana Trail ini ke lokasi menarik yang menjadi tinggalan sejarah iaitu Bank Pitis. Korang tahu apa tu Bank Pitis? Bank Pitis merupakan bangunan tertua yang dibina semasa pemerintahan pentadbiran Sultan Muhammad III terletak di pintu masuk Istana Balai Besar. Bangunan berukuran 12 kaki tinggi dan 12 kaki lebar adalah tempat untuk menyimpan wang kerajaan. Kecil jer bank ini memang unik dan tak sangka ia adalah tinggalan sejarah yang besar juga satu masa dulu.

5) Istana Jahar 


Dekat jer Bank Pitis tadi dengan Istana Jahar ini memang dalam kawasan yang sama. Istana yang lebih di kenali sebagai Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan ini adalah pembinaan yang tertua dan paling menarik binaannya. Ia tidak menggunakan sebarang paku untuk mengukuhkan binaan istanan ini. Itu satu keunikan pada binaan istana ini.

Istana Jahar


Bila masuk kedalam istana ini anda lebih mengetahui bagaimana istiadat istana di lakukan kepada golongan diraja zaman dulu. Ada pameran adat bersanding dan perkahwinan diraja. Ada juga adat istiada melahirkan atau bersalin di kalangan diraja. Terdapat juga perkakasan yang digunakan untuk istiadat tersebut dan masih elok dipamerkan di sini.




Juga ada istiadat berkhatan untuk golongan diraja dipamerkan di sini. Seram juga sekali sekala tengok macam mana orang dulu2 berkhatan. Untunglah kita sekarang semua mudah, cepat dan tak sakit pun hehehe. Bila anda berada di kawasan Anjung istana ini di tingkat atas memang rasa sejuk dan rasa nak tidur bila berada di kawasan tu best.

6) Kota Sultan Ismail Petra 

Yang ini adalah pintu gerbang yang berada di kawasan berhampiran dengan Istana Jahar dan juga Bank Pitis tadi. Kawasan ini memang menjadi tumpuan pelancong bile berada di negeri Kota Bharu ini. Kat sini juga semua orang bekumpul dan juga mengambil gambar kenang-kenangan kerana reka bentuk pintu gerbang ini sungguh menarik dan bercirikan Islam.

Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra

Ini juga merupakan simbol negeri Kelantan yang terkenal sehingga ke hari ini. Terdapat beberapa monumen dan bangunan bersejarah yang berdekatan dengan Kota Sultan Ismail Petra seperti Pintu Gerbang Besar dan Istana Balai Besar yang mempunyai kisah sejarahnya tersendiri.

Istana Balai Besar

Ok tu hanya separuh daripada perjalanan Perdana Trail yang Maha citekan untuk post ini. Nantikan entry sambungan kepada perjalanan Perdana Trail ini kerana masih banyk lagi tempat sejarah yang akan korang kungjungi bila ambil pakej ini. Maha sendiri pun rasa puas dan penuh dengan ilmu yang dapat mendekatkan diri dengan asal usul Negeri Kelantan.


Pada anda yang nak bermalam di Hotel Perdana Kota Bharu ini anda boleh ambil pakej Perdana Trail ini untuk memenuhi aktiviti percutian anda dengan berjalan kaki dan mengunjungi tempat2 bersejarah di Kelantan. Serta korang juga dapat menikmati makan2 yang sedap dan enak2 di Kota Bharu ini. So pada yang merancang untuk bercuti, Kelantan juga banyak yang menarik. Selamat bercuti dan beristirehat semua ok.

HOTEL PERDANA KOTA BHARU 
Tempahan Hubungi : 09 745 8888








0 Pandangan: