Aktiviti,
Sambungan Hari Kedua Perdana Trail Menjejaki Budaya, Warisan Dan Sejarah Kelantan
Sambungan Hari Kedua Perdana Trail Menjejaki Budaya, Warisan Dan Sejarah Kelantan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ini pula sambungan untuk Perdana Trail yang lepas. Sebelum ini Maha tulis baru separuh jalan jer dan masih banyak lagi tempat menarik untuk di lawati.
Mahamahu dan Pengurus Besar Hotel Perdana Kota Bharu En Taha |
Maha nak ucapkan terima kash kepada Hotel Perdan Kota Bharu dan juga Destination Malaysia kerana menawarkan pakej hebat ini. Satu pengalaman dan kenagan yang tidak dapat Maha lupa sehingga hari ni menulis tentang percutian dan Perdana Trail ini. Jom kita tengok lagi sambungan Perdana Trail yang masih tak habis lagi ni.
1) Muzium Diraja
Selepas jalan2 kat Istana Jahar yang sebelum ni Maha ceritakan kini kami ke muzium seterusnya iaitu Muzium Diraja atau di kenali sebagai Istana Batu. Istana Batu ini dibina pada tahun 1939 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad Ke-IV. Keseluruhan rekabentuk istana ini diilhamkan sendiri oleh Sultan Ismail. lanya dikurniakan kepada Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab II sebagai hadiah perkahwinan.
Dalam istana ini di pamerkan pelbagai barang peribadi milik Sultan Yahya Petra. Sultan yang juga di senangi rakyat dan juga berjiwa rakyat. Dalam ni memang menarik dan sungguh lain kerana barang yang klasik masih terperlihara elok dan kemas.
Ada beberapa bilik dalam istana ini dan susun atur masih di kekalkan dan di jaga kemas untuk sejarah anak2 zaman sekarang. Juga disimpan dalam istana ini adalah antara koleksi perabut di kamar beradu dan juga pakaian2 milik diraja. Istana ini adalah istana sebenar milik Sultan Yahya Petra dan di jadikan muzium pada tahun 1991.
2) Kampung Kraftangan
Bila kami jejak kaki kat sini sebanarnya kami pergi makan dalam ni. Ini kerana kat dalam ni bukan sekadar mepamerkan seni kraf negeri Kelantan yang menarik tapi juga ada lokasi tempat makan yang best dan sedap. Sapa tak kenal Nasi Ulam Cikgu kedai makan dengan makanan tradisional. Tapi Maha tak cite lagi kat sini kerana ia akan jadi entry khas untuk food review Maha. nantikan ok.
Tapi dalam Kampung Kraftangan ini ada persembahan alat muzik tempatan yang memainkan lagu2 tradisional. Memang seronok kami kat situ sambil dengar persembahan muzik dapat berhibur. Kalau anda datang hari minggu di sini juga akan ada persembahan silat tradisiona dari orang tempatan. Best woo bila tengok orang bersilat dan bertempur.
3) Muzium Islam
Kami teruskan lagi bila perut dah kenyang makan tghari tadi. Kali ni jejak kami sampai ke Muzium Islam atau dipanggil 'Balai Syura'. Ia pernah menjadi sekolah pertama di Kelantan bagi pengajian Islam. Dalam muzium ini memaparkan banyak barang tinggalan Islam zaman mula2 memasuki Tanah Melayu.
Dalam muzium ini juga ada kaligrafi Islam yang menarik dan juga naskah Al Quran zaman lama dahlu. Semasa kami datang sana di tingkat ada muzium ini diadakan pameran Tok Guru. Sapa tak kenal ahli ulama dan juga ahli politik Islam yang di segani. Terdapat gambar2 serta barang2 milik Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.
4) Bank Kerapu
Ingat yer Bank Kerapu ni bukan bank ikan okey, ini juga di kenali sebagai Memorial Perang. Bangunan ini, yang dibina pada tahun 1912 telah mula digunakan sebagai bank perdagangan dan dipercayai sebagai bangunan / bank pertama dibuka di negeri ini.
Bangunan ini telah digunakan sebagai ibu pejabat polis rahsia Jepun, atau dikenali sebagai Kempetai. Selepas perang, bangunan ini digunakan semula sebagai sebuah bank. Bangunan ini telah bertukar menjadi sebuah muzium peringatan memaparkan gambar, memorabilia dan artifak Perang Dunia II. Korang tahukan penjajahan Tanah Melayu juga bermula dari Negeri Kelantan di mana kemasukan tentera Jepun juga ada di pamerkan di sini.
Di pamerkan senjata dan juga beberapa barang tinggal sejarah masa zaman perang dan jajah dahulu kala. Juga terdapat gambar2 yang memaparkan pelbagai perisstiwa sejarah. Di luar memorial ini pula ada beberapa kenderaan dan juga bahan tinggalan perang yang boleh jadi kajian anda tentang sejarah Tanah Melayu dan Kelantan.
5) Beca Kota Bharu
Bila habis last kami menjelajah seluruh Kota Bharu ini memang rasa puas dan juga rasa penuh pengetahuan di dada ni hehehe. Maklumlah separuh hari juga kami berjalan kaki untuk tengok semua muzium2 dan makan2 di sini. Last sekali Maha buat pertama kalinya dapat menaiki beca di Kota Bharu.
Walaupun di kayuh oleh pakcik2 yang sudah seusia dengan beca itu tapi semangat dan juga keteguhan mereka untuk mengekalkan budaya dan keunikan di Kota Bharu ini. Baca yang dihias cantik ini memang menarik tapi boleh muat sorang jer dalam datu beca hehehe. Kamu akhirnya pulang ke hotel dengan menaiki beca seronok kerana dapat hilang penat dan naik beca.
Terima kasih kepada pakcik2 beca yang membawa kami menaiki beca mereka dan ia juga ada dalam pakej Perdana Trail ini. Kalau korang nak rasa semua keseronokan ini jgn lupa datang Kota Bharu dan juga menginap di Hotel Perdana. Satu2nya hotel yang ada pakej Perdana Trail ini. Jadi jangan tunggu lagi datang bercuti ke Kota Bharu. Selamat bercuti semua.
HOTEL PERDANA KOTA BHARU
Tempahan Hubungi : 09 745 8888
Laman Web : www.hotelperdanakotabharu.com
Facebook : www.facebook.com/HotelPerdanaKotaBharu
Instagram : www.instagram.com/hotelperdana_kotabharu
0 Pandangan: