Adab,

Bagaimana Menjaga Adab Ketika Hadir Ke Rumah Terbuka

Jumaat, Julai 31, 2015 Mahamahu 0 Comments

Bagaimana Menjaga Adab Ketika Hadir Ke Rumah Terbuka - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ni dah masuk bulan Syawal di mana kita meraikan bulan kegembiraan. Bulan ni lah ramai orang menganjurkan rumah terbuka bagi meraikan kawan2 dan sedara-mara serta jiran2 yang berhampiran. 

Tapi korang mesti tak tahukan bahawa datang rumah terbuka ni bukan sekadar suka2 nak makan jer. Ada beberapa adab dan juga etika yang harus kita amalkan supaya niat untuk menghadiri rumah terbuka memberi pahala kepada kita. Maha bukanlah pandai mana pun tap sekadar berkongsi dengan kawan2 yang mana Maha tahulah. Sebab Maha pun suka datang rumah terbuka dan bulan ni banyak dapat jemputan rumah terbuka.


Paling penting pertama sekali bila nak datang rumah terbuka ini kena betulkan niat. Bila nak datang rumah terbuka pasti niat untuk bertemu kawan2 dan mengeratkan silatulrahim. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan apa yang kita ada. Jadi guna platform rumah terbuka ini untuk mengembangkan network dengan kawan2. Kedua penting menjaga adab ketika makan kerana kita kadang macam hantu bila makan kat rumah terbukan ni.

Antara lain adab ketika hadir rumah terbuka :-

1) Buat anda yang datang rumah terbuka jangan duduk terlalu lama hinggakan tuan rumah berasa tidak selesa lebih-lebih lagi pada hari itu ramai tetamu yang hadir dan tempat terhad. Cukup sekadar dapat betegur sapa dan bertanya khabar dengan kawan2 lama.

2) Patuhilah masa yang sudah ditetapkan pihak tuan rumah. Kalau boleh datang awal atau tepat masanya, ini akan memudahkan tuan rumah meyediakan makanan dan memastikan tetamu dapat tempat duduk.

3) Datanglah dengan pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata untuk menghormati tuan rumah dan juga majlis yang di anjurkan oleh tuan rumah. 

4) Paling penting menjaga akhlak dan juga tinkah laku ketika berada di rumah terbuka. Ini penting kerana kadang2 tetamu datang beborak terlalu kuat, ketawa sehingga menganggu tetamu lain. Bila nak makan kena ada adab makan juga jangan terlalu gelojoh dan terlalu ambil banyak makanan. Cuba makan sikit2.

5) Lagi satu yang selalu berlaku bila berada di rumah terbuka adalah mengumpat atau mengata. Elakkan daripada mengumpat dan mengata orang lain. Tujuan untuk mengerat silatul rahim bukan untuk memburuk orang lain.

6) Last bila nak balik kena maklum kepada tuan rumah dan tegur sebelum meninggalkan majlis. Bagi yang Mahram di galakan bersalam dan juga memberi salam untuk meninggalkan majlis.

So serba sedikit panduan ini untuk diri Maha sendiri dan juga pembaca sekalian. Eratkan silatulrahim sesama kita di bulan mulia ini. Guna masa yang ada ini kerana mungkin kita tiada masa lain untuk bersama kawan2 lama. Nanti Maha pun nak buat rumah terbuka, harap2 adab2 ini di jagalah yer hehehe. Moga majlis berjalan lancar dan di berkati Allah. Selamat Hari Raya semua ok....







0 Pandangan: