Buffet Ramadhan,
Felda D'Saji Menyajikan Tema Menu Warisan Nusantara Sempena Ramadhan Ini Di Dewan Perdana Felda
Felda D'Saji Menyajikan Tema Menu Warisan Nusantara Sempena Ramadhan Ini Di Dewan Perdana Felda - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mana kita nak cari lagi hidangan warisan yang memang tradisional yang masih di kekalkan daripada turun temurun hingga ke sekarang. Contoh seperti Rendang Pucuk Ubi, Sambal Bunga Kantan, Sambal Hitam Pahang, Sotong Inti Sumbat dan banyak lagi lah.
Kat sinilah nak dapatkan semua hidangan2 tersebut berpatutan dengan tema mereka iaitu Menu Warisan Nusantara. Felda D'saji dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara cuba untuk mengembalikan hidangan2 yang dah hampir lupus sekarang ni. Percaya tak bahawa makana pun dah makin lupus kerana dah tak ada pewaris yang belajar untuk memasak hidangan tersebut. Maha dengar pun dah macam risau takut nanti semua orang kita pandai makan pasta dan pizza jer hehehehe.
Bertempat di Dewan Perdana Felda terletak di Jalan Maktab, Kampung Datuk Keramat korang boleh dapatkan hidangan berbuka puasa yang lebih daripada 90 jenis hidangan. Daripada pembuka selera kat sini memagn cukup banyak hidangan Kerabu seperti Kerabu Mangga, Kerabu Udang, Kerabu Daging dan banyak lagi semua membuka selera.
Bagi hidangan utama pula di sini mestilah kena ada Kambing Golek yang special untuk semua tetamu. Kemudian ada Satay Ayam dan Daging, Nasi Beryani Kambing, Ayam Sambal Madu, Rendang Tok, Pecal, Gulai Kawah dan Sambal Udang. Semua ini memang membuat perut anda kenyang dan penuh walaupun dah makan sikit jer. Maha sendiri yang telah datang buka puasa kat sini memang rasa ia cukup berbaloi.
Dalam Dewan Perdana Felda yang memang cukup luas, selesa dan tenang ini pasti korang akan rasa nak cuba semua makanan. Semua makanan di sini di hidangkan dalam gerai atau station2 yang di sediakan. Jadi senang nak cari hidangan yang ada di sini dan tak perlu berebut2. Station di sekiling dewan dalam dan juga ada kat luar.
Station yang ada di luar dewan adalah seperti makanan santai2 dan relax kerana bila datang boleh makan kat station tu terus. Ada keropok leko, ada Apam Balik, ada Pulut Panggang, ada Lemang dan Ketupat bersama rendang dan ada juga station biskut yang selalu ada di kampung2. Memang unik lah style station macam ni rasa seperti berada di kawasan kampung.
Pencuci mulut juga tidak kurang hebatnya di sini kerana ada pelbagai jenis kuih muih tradisional yang di masak mengikut cara tradisional. Ada juga buah-buahan yang fresh di sediakan buat tetamu. Paling menarik kat sini ada aiskrim kon dan juga ABC. Sebenarnya banyak lagi menu Maha nak cerita tapi tak habis kat sini korang nak tahu kena datang sendiri baru dapat rasa. Harga untuk Buffet Ramadhan di sini adalah RM 79.00 nett untuk dewasa dan RM 42.00 nett untuk kanak-kanak dari umur 4-12 tahun manakala kanak-kanak bawah umur 3 tahun bayaran RM 10.00 nett.
Buffet Ramadhan di buka setiap hari dalam bulan Ramadhan pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam. Korang boleh booking dah dan juga dapatkan promosi hebat mereka di laman Facebook Felda D'Saji. Maha dah datang korang bila lagi nak cuba buka puasa di sini pasti tak kecewa. Felda D'Saji juga ada beberapa lagi cawangan Buffet Ramadhan mereka untuk puasa tahun ini antaranya dekat Asmara Penchala, D'Saji KL Titiwangsa dan juga Felda Villa. Korang boleh datang mana2 saja ok mesti tak kecewa. Selamat mencuba.
FELDA D'SAJI
Facebook : www.facebook.com/feldadsaji
Tel : 03- 2698 8302
0 Pandangan: