Buah-Buahan,

Khasiat Buah Cherry Dari Northwest Cherries Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Isnin, Julai 27, 2015 Mahamahu 0 Comments

Khasiat Buah Cherry Dari Northwest Cherries Kini Boleh Didapati Di Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa sini peminat buah-buahan import yang sukar untuk di dapati di Malaysia. Macam buah cherry? Mesti ramai orang cuka makan buat cherry dan Maha juga adalah seorang peminat buah ini. Kalau sebelum ini kita tahu buah cherry ini hanya untuk hiasan di atas kek atau cupcake sahajakan.


Tapi kini cherry bukan sahaja untuk hiasan tapi juga menjadi makanan yang sihat dan pelbagai guna. Cherry import dari Amerika Syarikat adalah antara yang pengimport kedua terbesar di dunia. Northwest Cherries juga popular di negara-negara Asia yang lain seperti Thailand, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan China.


Maha sebagai peminat buah-buahan ni tak lepas peluang untuk dapatkan buah cherry ini yang telah berada di pasaran Malaysia. Northwest Cherries ini ciri lebih orang kata tebal isinya kalau tengok pada rupa buah cherry ini ia lebih besar saiznya dan warna lebih gelap. Ciri lain pada cherry ini ia lebih berjus dan kulit lebih berkilat. Sesuai untuk di hasilkan bukan saja makanan mentah atau juga boleh di buat jus minuman.


Buah cherry yang banyak di tanam di dusun sekitar Washington, Oregon, Idaho, Utah dan Montana di eksport ke negara lain kurang dari 24jam untuk mengekalkan kesegaran dan kualiti buahnya. Di Malaysia pengedar tunggal Northwest Cherries adalah GCH Retail (M) Sdn Bhd yang menguruskan pasaraya besar seperti Cold Storage, Gaint, Mercato dan Jasons Food Hall. Kini korang boleh dapatkan Northwest Cherries di banyak cawangan pasaraya besar di seluruh Malaysia.


Northwest Cherries ini selalu di tuai dan mula masak pada sekitar bulan Jun hingga Ogos dan ia telah berada di Malaysia untuk peminat2nya seperti Maha nak dapatkan buah ini. Kalau di kaji pula buah ini banyak sangat khasiat dan kebaikan dari segi pengambilannya yang kerap. Maha pun adalah baca sikit2 tentang khasiat buah cherry ini. 

Di antara khasiat buah cherry adalah :-

1) Penuh dengan antioksidan dan vitamin yang tinggi.
2) Buah cherry sarat kalium yang membantu penyakit radang seperti gout dan artritis.
3) Mencegah kanser dan membantu kesihatan jantung. 
4) Kalori yang rendah dan rendah dalam sifat-sifat indeks glisemik yang sesuai untuk penghidap penyakit kencing manis dan untuk mengawal berat badan. 
5) Ceri adalah unik ia ada sumber melatonin yang merupakan hormon yang dihasilkan dalam kelenjar pineal kita yang mengawal tidur anda.


Tengok betapa banyak khasiat buah cherry ini. Korang boleh dapatkan di seluruh pasaraya besar di semenanjung Malaysia dengan harga lebih kurang RM40- RM80 sekilogram mengikut jenis. Buah cherry ini pula boleh tahan sejuk beku selama 6 bulan. Jadi korang boleh simpan dalam peti sejuk beku dan boleh di keluarkan untuk di gunakan bila2 masa tanpa mengjejaskan rasa dan khasiatnya. Lepas ni Maha leh shopping buah cherry setiap tahun hehehehe. Selamat menjamu selera.






0 Pandangan: