Brownies,

Korang Memang Awesome Meriahkan Rumah Terbuka Mahamahu Raya

Khamis, Ogos 06, 2015 Mahamahu 0 Comments

Korang Memang Awesome Meriahkan Rumah Terbuka Mahamahu Raya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pertama pertama sekali Maha nak ucapkan jutaan terima kasih buat korang semua kerana melapangkan masa untuk memeriahkan majlis rumah terbuka Mahamahu Raya tahun ini. Ahad lepas tanggal 2 Ogos 2015 bersamaan dengan 17 Syawal telah berlangsung rumah terbuka Maha di kedai Kak Ram Coner Bukit Jalil.

 




Tak sangka ramai juga kawan2 yang datang pada hari tu. Maha cuba untuk ajak seramai mungkin kawan2 blogger dan juga kawan2 lain. Maaflah kalau sapa2 yang tidak terjemput secara langsung tapi Maha ada uploadkan di status Facebook untuk menjemput semua kawan2 dan pembaca blog Mahamahu.com.
 



Firstly Maha tak plan pun pada awalnya untuk buat rumah terbuka minggu ini. Sebab Maha telah setkan untuk 2 tahun sekali akan cuba untuk buat rumah terbuka. Tahun ini telah sampai giliran untuk tahun kedua Maha buat rumah terbuka. Kalau korang nak tgk rumah terbuka yang pertama Maha buat pada tahun 2011 dan kali kedua pada tahun 2013 boleh baca entry Maha yang lepas.



Tahun2 sebelum ni Maha buat kat rumah jer tapi tahun ni Alhamdulillah boleh buat kat kedai makan sederhana jer tak sebesar mana pun. Tapi Maha cuba untuk tampil kelainan setiap tahun di mana tahun ini Maha fokus untuk buat photo booth sendiri. Maha tahu kawan2 yang datang semua suka berselfie dan berwefie jadi sebab tu Maha buat hiasan sebaik mungkin. Terima kasih juga pada yang telah datang, yang telah selfie dengan #MahamahuRaya dapat lebih kurang 80 gambar dan pemenang untuk contest Instagram telah di umum, tahniah untuk semua pemenang.



Tapi lagi meriah tahun ini adalah makanan di mana kali ini telah dapat sponser dari pengusaha kek dan choklat. Ribuan terima kasih kepada pengusaha Anoor Saliza yang sudi menghantar 3 jenis kek yang memang cukup2 besar dan sedap. Tak sangka boleh dapat kek2 yang menarik ni. Ada Pavlova, Brownies dan Chocolate Moise. Semua kek2 ini memang sedap dan terbaik. Ramai kawan2 puji kata kek sedap dan lembut. 

Pavlova

Chocolate Moise

Brownies

Tapi minta maaf pada mana2 yang tak sempat rasa kesemua kek2 yang telah di sponser tu sebab semua orang kerumun coklat ni. Kata pengusaha nak buat kek ni kena penuh kasih sayang kalau tak mesti tak jadi. Betul lah kek beliau memang sedap dan lembut. Pada kawan2 yang nak order untuk majlis harijadi, majlis kahwin dan semua majlislah. Boleh berhubung dengan Anoor Saliza juga rakan satu universiti Maha satu masa dulu.

 

Anoor Saliza Pengusaha Kek dan Chocolate
Instagam : www.instagram.com/anorsaliza
Facebook : www.facebook.com/hanoor.zahari
Whatapps : 012-798 3835 

Apa pun matlamat utama penganjuran rumah terbukan Mahamahu Raya ini untuk eratkan silatulrahim antara rakan2 blogger dan juga pembaca blog Mahamahu. Tak sangka sambutan yang begitu meriah dari semua. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menhadirkan diri korang untuk rumah terbuka Maha ni. Tanpa korang sapalah Maha yang kerdil lagi hina ini.



 


Harap semua puas hati dengan semua jenis makanan yang di sediakan, ada Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah dan Acha sayur. Kemudian ada pula Meehun Goreng, Ketupat dan Kuah Kacang yang Maha masak sendiri ok jangan tak percaya hehehe. Maha ada sharekan resepi kuah kacang untuk semua cuba. Kemudian ada pula Lemang bersama dengan Serunding Daging dan untuk pencuci mulut ada Jelli Buah warna-warni dan juga buah Tembikai, selain daripada kek2 sponser.



 

Apa pun Maha pohon untuk mendokan kejayaan Maha dalam dunia kerjaya dan juga blogging ini ok. Harap korang semua happy dan kalau ada kekurangan sepuluh jari Maha hulur kemaafan takutlah ada tak terlayan ker tak sedap ker kan. Harap masa2 akan datang dapat anjurkan lagi rumah terbuka dan lebih ramai sponser hehehe. Buat blogger jagan lupa korang masih ada lagi peluang untuk menang hadiah wang tunai sempena dengan Contest Blogpost Mahamahu Raya. Selamat mencuba semua.




0 Pandangan: