Food Network,Makan Malam Di Slow Rock Cafe Berdekatan Hard Rock Hotel Penang
Makan Malam Di Slow Rock Cafe Berdekatan Hard Rock Hotel Penang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan
Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tiba masa nak review beberapa kedai makan yang menarik di sekitar
Penang ni. Sebelum ni Maha ada
cite pasal Hard Rock Hotel Penang kan jadi bila dah sampai semua keadaan penat dan malam tu tak cadang untuk cari makan jauh2.
Untuk tidak banyak buang masa dan juga banyak berjalan jauh kami bercadang nak makan dekat2 dengan Hard Rock Hotel ini. Betul2 seberang jalan hotel ni memang banyak kedai ada kat situ. Macam kedai urut, kedai runcit termasuk juga kedai makan. Malam2 ni makanan special kat sini mestilah mencari seafoodkan. Jadi kami bercadang makan sahaja di Slow Rock Cafe yang berhadapan dengan hotel kami.
Kat sini kawasan agak menarik betul2 tepi jalan tapi kena hati2 kalau jalan kat sini kerana orang kat sini bawa kete laju2 tau tak kira kawasan sempit ker atau tidak. Kami pilih meja tengah kerana jumlah yang agak ramai tapi cafe ini luas. Ada kawasan berbumbung atau boleh juga duduk luar dengan suasana terbuka di payungkan bintang2 malam sahaja.
Slow Rock Cafe ini di buka setiap hari siang pun buka juga tapi kami pergi untuk makan malam sahaja kat sini. Banyak hidangan tempatan yang menarik kat sini. Maklumlah perut Melayu ni tak berapa nak masuk malam2 nak makan western hehehe. Mula2 takut juga nak cuba restoran ni takut tak berapa sedap makanannya tapi bila dah cuba not bad.
Kami datang nak makan ramai jadi kami ambil set hidangan makan malam yang tersedia dalam tu. Ada Daging Masak Merah, Sotong Goreng Tepung, Tomyam dan juga Ikan Tiga Rasa bersama dengan Kailan Goreng Ikan Masin. Paling best boleh order ikan bakar yang memang menarik dengan rasa sedap ikannya.
|
Ikan Bakar |
|
TomYam |
|
Daging Masak Merah |
|
Sotong Goreng Tepung |
Kalau korang nak order set ala-cart juga ada kat sini macam2 masakan panas yang goreng2. Bila kami makan memang menarik dan boleh hilang lapar malam tak perlu pergi jauh. So memang boleh rekmen kat kawan2 kalau nak makan sini. Tapi korang kena cuba satu minuman yang unik kat sini iaitu Teh Dangdut. Kalau selalu dengar kopi tapi kali ni teh menarik. Rasa macam asir teh tarik tapi ni tak tarik cuma di sediakan dengan susu cair dan susu pekat.
|
Teh Dangdut |
Apa pun lepas ni kalau malas sangat nak jalan kat kedai jauh2 untuk makan malam kalau duduk area Hard Rock Hotel ni boleh datang Slow Rock Cafe ini. Lagi nanti Maha akan cerita pula tempat makan lain yang menarik kami akan pergi jalan sekitar Penang ini. Banyak lagi tunggu post yang seterusnya daripada Maha ok. Selamat bercuti dan selamat menjamu selera.
0 Pandangan: