Makan,

Menu Yang Sesuai Untuk Masak Daging Hari Raya Qurban

Rabu, September 23, 2015 Mahamahu 0 Comments

Menu Yang Sesuai Untuk Masak Daging Hari Raya Qurban - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha nak ucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia. Kita yang berkemampuan adalah di haruskan untuk membuat korban tak kisah daging Lembu atau Kambing. Tapi kat sini Maha nak cadangkan kepada semua orang kat luar sana yang nak masak daging Hari Raya Qurban ini. Jadi ada beberapa menu sesuai untuk masak daging yang anda dapat sebagai mempelbagaikan rasa sahaja.


Gulai Kawah Daging


Menu ini adalah sangat sinonim yang di lakukan oleh banyak pihak apabila dapat daging korban. Bila nak bagi makan pada fakir miskin, gelandangan dan juga anak yatim. Cara paling mudah dan juga sedap kalau dapat makan dengan nasi putih yang panas mesti best. Selalu hidangan ini orang masak untuk kenduri kahwin dah lama tak makan Gulai Kawah ni kan.


Daging Goreng 


Menu paling simple dan juga paling cepat untuk di sediakan. Tak perlu masak lama2 dan hanya menggunakan bahan yang tidak banyak. Daging ni boleh goreng dengan kunyit atau goreng pedas dengan cili juga sangat sedap. Boleh lah cuba untuk masak daging ok.


Sup Daging atau Sup Tulang

Ni juga masakan yang sangat sedap dan paling ramai orang suka untuk makan bila di masak dengan menggunakan rempah ratus. Sup Daging atau Sup Tulang pun hari biasa kita akan order untuk makan malam dalam panas dan juga di sediakan sambal kicap yang pedas memang terangkat.


Daging Masak Merah

Menu ni kadang2 kita kalau makan kat kedai mesti order. Tak susah nak buat cuma nak pastikan daging tidak liat kena rebus dulu baru masak tu sedap. Tapi Daging Masak Merah tak semua orang pandai buat ada yang rasa sos jer dan ada yang warna merah tapi tak sedap. 


Daging Masak Kicap


Menu orang bujang ni memang sesuai untuk makan malam dan cepat serta mudah. Daging Masak Kicap paling cepat nak di sediakan kadang orang letak black paper untuk rasa lebih pedas. Ikut selera lah nak masak macam mana tapi ia sesuai untuk dimasak dalam kuantiti yang banyak terutama kalau daging korban nak bagi pada gelandangan atau fakir miskin.


Daging Masak Rendang


Ni paling popular lah setiap hari raya mesti ada masak rendang ni. Raya Korban pun ramai orang masak rendang juga nak hidanga pada tetamu. Daging Rendang ni ada banyak jenis dan banyak cara memasak. Tapi ia memakan masa yang agak lama untuk menyediakan hidangan ini yang penting ia paling sedap hehehe...