Armada Hotel,Buffet Halal Meraikan Krismas Dan Tahun Baru Di Armada Hotel Petaling Jaya
Buffet Halal Meraikan Krismas Dan Tahun Baru Di Armada Hotel Petaling Jaya - Salam sejahtera kepad semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mana nak cari hidangan untuk sambutan Krismas yang Halal dan di jamin kualitinya. Di Armada Hotel Petaling Jaya menyediakan hidangan buffet makan malam semperna tahun baru dan Krismas yang di raikan oleh rakyat Malaysia. Makanan semuanya berkonsepkan makanan western yang mengikut citarasa tempatan.
Makan malam di mulakan dengan beberapa hidangan utama yang begitu sinonim dengan perayaan Krismas. Juadah seperti Salmon Coulibiac, Swedish Crab Pudding dan juga Tiger Prawn Ceviche with Avocado adalah pilihan makanan laut yang segar dan terbaik. Di garab dengan rupa dan gabungan yang unik ia adalah makanan yang mampu membuka nafsu selera anda.
|
Salmon Coulibiac |
|
Swedish Crab Pudding |
|
Tiger Prawn Ceviche with Avocado |
Pada yang nak makanan utama berat sikit seperti ayam, itik dan daging kat sini pastinya ada. Menyediakan hidangan dari sisi yang berbeza menu seperti Smoke Chicken with Cranberry De Glace, Roast Duck Ripieni with Calvados, Roast Beef Tapenade with Champingnon dan juga Whole Lamb Leg with Garlic Sauce. Semua ini mampu membuatkan anda kenyang semalaman meraikan hari paling gembira ini.
|
Smoke Chicken with Cranberry De Glace |
|
Roast Duck Ripieni with Calvados |
|
Whole Lamb Leg with Garlic Sauce |
Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera dengan kelimpahan Krismas dan Tahun Baru di bufet mewah hotel ini dengan hidangan perayaan tradisional dan inovatif. Sebab itu selain dari makanan berat ada juga hidangan seperti Dubarry Soup with Bread Almond Roulade dan juga makanan berasaskan nasi iaitu Louisina Pumpkin Rice with Whole Pumpkin Mousseline of Pumpkin, Carrot and Sweet Potato. Ia cukup menjadi pelengkap malam keraian anda bersama keluarga dan kawan2.
|
Dubarry Soup with Bread Almond Roulade |
|
Louisina Pumpkin Rice with Whole Pumpkin Mousseline of Pumpkin, Carrot and Sweet Potato |
Tak lengkap kalau hidangan makan malam tiada pencuci mulut bukan. Jadi kat sini ada beberapa dessert yang manis dan menyegarkan semula selera anda. Di antara pencuci mulut yang menarik untuk korang cuba adalah seperti Lemon Meringue Pie, Carrot Cake with Cream Cheese Icing, Christmas Pudding, Glass Dessert Tiramisu dan Assorted Christmas Nuts. Semua ini pasti akan menginggalkan kenangan manis anda tahun baru ini.
Di sini juga mereka bukan sahaja menyediakan hidangan yang meraikan Krismas anda dan tahun baru tapi juga tampil dengan dekorasi Krismas dan tahun baru yang lebih menarik dan segar. Boleh tengok sendiri bagaimana mereka mentatarias ruang dan meja agar menarik dan menarik. Tunggu apa lagi booking sekarang untuk tarikh 24 Desember 2015 dan 31 Desember 2015. Harga juga sangat berpatutan iaitu RM80.00++ untuk dewasa, RM60.00++ untuk warga emas dan RM40.00++ untuk kanak2.
ARMADA HOTEL PERTALING JAYA
Alamat : Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 - 7954 6888 ext 4557
0 Pandangan: