Kebersihan,
Macam Mana Nak Asingkan Sampah Di Rumah Tanpa Sebarang Kos
Macam Mana Nak Asingkan Sampah Di Rumah Tanpa Sebarang Kos - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Selalunya sebelum ni Maha akan cite pasal kisah tempat makanan yang enak2 dan sedap2 sahajakan. Tapi kali ni Maha cerita pasal sampah pula. Penting ni kerana kita yang menghasilkan sampah tu sendiri jadi kita kena tahu macam mana nak uruskannya.
Maha pun sebenarnya ikhlas tak rajin pun nak asingkan sampah2 kat rumah ni, yang tahu hanya buang dalam tong sampah pastu kumpul sampai penuh dan buang kat kawan pembuangan sampah. Nanti cukup bulan ada orang datang kutip siap. Kesedaran untuk mengasingkan sampah ni datang bila terbaca bahawa kita boleh banyak membantu negara dalam menggunakan sampah itu untuk menghasilkan tenaga yang berguna di masa hadapan.
Tapi sebelum tu macam mana Maha asingkan sampah kat rumah mudah saja tak ada pun yang menggunakan sebarang kos atau pun mengeluarkan modal. Cara yang Maha gunakan ni mungkin boleh di guna pakai oleh orang2 bujang di rumah, kalau yang dah bekerluarga mungkin tong tu lebih besar dan pengasingan lebih banyak. Tengok sendiri bagaimana kreativiti mengatasi segalanya untuk menghasilkan tong sampah yang kreatif dan menarik minat orang ramai seperti di dalam gambar ni.
Maha pun nak tunjuk kreativitilah dalam menghasilkan tong sampah kitar semua n jom tengok cara semudah 1,2 dan 3. Pertama kat rumah orang bujang ni selalu banyak ada tong air mineral yang besar bersaiz 5 atau 9 liter. Almaklumlah orang bujang ni nak masak air malas satu lagi nak jimat elektrik jadi beli jer mineral dalam botol besar dan boleh tahan lama. Korang hanya perlukan 3 tong air mineral kosong macam yang Maha sediakan ini juga gunting dan pisau.
Kedua potong bahagian atas tong mineral itu menjadi seperti lubang yang besar macam dalam gambar tu. Ketiga gunakanlah plastik yang korang selalu dapat semasa beli belah di pasaraya besar2 untuk di jadikan plastik sampah, so tak perlu beli plastik hitam tu. Maha gunakan 3 plastik warna yang berbeza untuk lebih mudah di kenal pasti bahan yang hendak di buang. Yang terakhir label kan setiap tong anda tu dengan kertas A4 tuliskan perkataan KERTAS, PLASTIK dan SISA MAKANAN.
Maha hanya asing mengikut 3 bahagian ini sahaja kerana sampah di rumah ini banyak daripada 3 punca ini. Sisa makana tu sebab memang selalu memask jadi banyaklah sisa yang lebih2 atau bahan makan yang di buang. Pada orang yang dah berumah tangga mungkin boleh baut lebih lagi asing untuk pampers anak2 yang ramai ker macam Kak Ruby buat hehehe.
Mudah bukan dan sangat cepat untuk korang nak mulakan langkah untuk mengasingkan sampah di rumah tanpa sebarang kos. Maklumlah harga dah naik dan kos hidup dan meningkat jadi kena guna bahan kitar semula. Lagi pun kerajaan dah kuat kuasa mulai September 2015 semua sampah harus di asingkan dari rumah lagi.. Tapi lepas ni apa yang kita boleh buat dengan sampah yang dah di asingkan ini, mungkin boleh menghasilkan tenaga yang berguna eehmmmm.... Selamat mencuba semua...
0 Pandangan: