Cuti-Cuti Malaysia,

Pusat Tumpuan Pengangkutan Awam Putrajaya Sentral Yang Meriah Dengan Makanan

Rabu, Disember 23, 2015 Mahamahu 0 Comments

Pusat Tumpuan Pengangkutan Awam Putrajaya Sentral Yang Meriah Dengan Makanan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ramai rupanya orang bertanya tempat makan yang menarik di sekitar Putrajaya. Sebenarnya masih banyak dan tak susah pun nak cari. So kali ni Maha nak citekan tempat makan yang ada sekitar Putrajaya untuk korang2 yang masih bertanya2 ok. Mungkin ia sedikit sebanyak dapat membantu korang semua ok.


So kita mulakan dengan kawasan yang menjadi tumpuan ramai juga orang setiap hari. Tak putus2 orang datang sini untuk menggunakan kemudahan awam yang tersedia di sini. Mana lagi kalau bukan Putrajaya Sentral. Putrajaya Sentral merupakan pusat pengangkutan awam utama di Putrajaya. Terletak di sebelah barat Putrajaya, ini adalah tempat di mana pengangkutan awam dari lokasi luar untuk ke sini.


Di sinilah berkumpulnya pengangkuran awam seperti bas, texi dan juga ERL. Seperti semua tahu ERL adalah penghubung kota Kuala Lumpur dan juga KLIA akan berhenti di sini. Juga di sini ada pengankutan awam seperti bas daripada Selangor dan juga Kuala Lumpur. Korang tak tahu kat sini juga banyak tempat makan yang boleh korang nikmati sekiranya menggunakan kemudahan di sini.


Maha sempat menikmati beberapa makanan yang ada di gerai2 dan kedai2 makan yang terdapat di sini. Mudah terutama buat mereka yang pergi kerja dan balik kerja lagi senang di mana kalau korang yang nak cepat boleh grab and go sahaja. Ada sandwich dan juga makan bungkus yang mudah untuk di nikmati.



Korang tengok sendiri kat sini ada gerai2 seperti mm... OvenFresh yang menjual pelbagai kek dan cupcake yang sedap dan panas2. Harga makanan kat sini juga berpatutan jadi korang tak perlu pilih lama just grab and boleh terus naik public transport. Bagi peminat kopi kat sini ada gerai Coffee Rich yang menyediakan minuman panas serta set sarapan pagi.


Bagi yang berdiet boleh juga pilihan makanan yang cepat dan senang untuk di nikmati seperti gerai Crispy Popiah yang menyediakan pelbagai jenis popiah. Juga makanan barat seperti di geari 23rd Hotdog ada hotdog panas dan waffer enak. Jadi sapa kat kat sini tak ada tempat makan semua mudah dan cepat ok.



Kalau yang suka stail restoran pula kat sini ada banyak restoran yang menyediakan hidangan sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam. Ada restoran Lengkuas dan juga restoran Shahjee. Memang boleh lah kalau nak jadikan Putrajaya Sentral sebagai pusat penemuan atau perkumpulan korang yang nak adakan aktiviti di sekitar Putrajaya.




Maha paling suka bila datang kat sini untuk cari makan adalah gerai yang memang paling banyak pilihan roti. Daripada roti resepi tradisional kepada resepi yang enakkk2. Berpadanan dengan nama gerai ini iaitu Enakkk yang terletak di level bawah berdekatan dengan tempat jualan tiket dan menunggu bas. 



So pada yang plan nak datang Putrajaya Maha cadangkan guna kemudahan awam yang ada dan terus berhubung di sini. Lepas tu boleh naik bas Putrajaya yang boleh bawa korang ke semua lokasi menarik sekitar Putajaya. Kalau korang nak makan kat sini pelbagai makana ada jadi tiada alasan untuk tak jumpa tempat makan di Putrajaya. So lepas ni kemana lagi lokasi tempat makan menarik di Putrajaya ini. Nantikan post Maha yang seterusnya mesti korang teruja dan tak sabar nak tahu. Selamat menjamu selera....

Jutaan terima kasih kepada semua yang membawa Maha untuk program 
Eat, Travel and Write Putrajaya
Penganjur program  
Partners program 
Only Mee, Hotel  Quickly, PICC, Cruise Tasik, Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd dan Tai Thong Group 








0 Pandangan: