Food Court,

Sambungan Cari Makan Di Putrajaya Kali Ni Makan Area Food Court Presint 9

Rabu, Disember 30, 2015 Mahamahu 0 Comments

Sambungan Cari Makan Di Putrajaya Kali Ni Makan Area Food Court Presint 9 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni Maha dah cite ada dua lokasi menari untuk korang cari makan di Putrajaya iaitu Putrajaya Sentral dan juga PICC. Kali ini satu lagi tempat yang banyak makanan sedap2 bila korang ada di Putrajaya, search saja Food Court Presint 9 cukup glamor.


Maha pun selalu makan kat sini sebenarnya memang banyak tempat best dan menarik tapi satu jer kat sini kadang2 kurang terurus dan mungkin dah agak lama keadaan pun macam dah kusam. Tapi jangan risau makan2 kat sini masih banyak dan macam2 pilihan buat korang. Paling popular adalah Nasi Ayam Dara tengok kedai pun ramai juga orang pergi.



Kalau orang Johor yang rindu nak makan Kacang Pool kat sini ada juga yer jual. Kata pemilik gerai ini memang ia adalah resepi daripada Larkin yang dekat dengan Balai Bomba tu. Maha pilih Kacang Pool ini memang sedap dan menarik makan bersama dengan roti yang di bakar. Harga pun berpatutan hanya RM 6.00 untuk satu set murahkan.




Lepas tu ada gerai jual Char Kuew Teow yang ni menarik kerana char kuew teow di sediakan panas di masa depan korang yang order. Tengok lah gambar yang Maha ambil tu menarik bukan dia orang yang makan pun kata puas hati. Kat gerai ni juga ada Satay ayam dan daging di jual boleh tahan satay ni.




Bagi mereka yang cari makan berat seperti nasi jangan risau kat sini pun ada banyak pilihan. Ada gerai nasi campur dengan pelbagai lauk pauk, dan juga Nasi Ayam dan juga Nasi Kerabu semua ada yer. Korang boleh datang sini untuk makan tenghari atau makan petang dan juga malam pun ada di buka setiap hari yer.



Pada yang nak makan ringan2 sikit macam mee kat sini juga ada pilihan pelbagai mee. Ada Mee Kuah dan juga Mee Kicap yang cukup popular di Ipon katanya. So semua peringkat umur boleh datang makan sini terutama buat keluarga yang datang dengan anak2 memang best tempat ni. Sebabnya seberang jalan tu ada pula pusat komuniti yang menyediakan tempat mainan kanak-kanak. 




Untuk orang dewasa pula kat pusat komuniti ini ada kolam renang dan juga pelbagai sukan lain yang sesuai untuk riadah waktu petang. Tanya orang Putrajaya Food Court Presint 9 ini memang cukup glamorlah ramai dah orang datang. Jadi kalau datang putrajaya ini jangan lupa singgah kat sini ok untuk makan. Sapa kata kat Putrajaya tak ada tempat makan menarik banyak tu. Ada lagi Maha akan cite kemudian tunggu ok. Selamat menjamu selera semua...

Jutaan terima kasih kepada semua yang membawa Maha untuk program 
Eat, Travel and Write Putrajaya
Penganjur program  
Partners program 
Only Mee, Hotel  Quickly, PICC, Cruise Tasik, Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd dan Tai Thong Group 








0 Pandangan: