Buffet,
Buffet Sambutan Tahun Baru Cina
Hidangan Masakan Thai dan Nyonya
Hidangan Hari Kasih Sayang
Febuari Adalah Musim Untuk Meraikan Makanan Yang Banyak di Palm Garden Hotel
Febuari Adalah Musim Untuk Meraikan Makanan Yang Banyak di Palm Garden Hotel - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Setiap tahun dalam bulan Febuari banyak sangat perayaan dan sambutan yang memeriahkan tahunan kita. Daripada sambutan Tahun Baru Cina kemudian sambutan Hari Kasih Sayang juga hari bersama keluarga.
Buffet Sambutan Tahun Baru Cina
Sebab tu kat Palm Cafe @ Palm Garden Hotel menyediakan banyak hidangan makanan yang enak2 dan banyak merangkumi semua perayaan ini. Paling penting adalah sambutan Tahun Baru Cina yang memang banyak dengan hidangan istimewa. Pastinya mestilah ada Yee Sang yang disediakan pada satu sudut istimewa. Korang datang boleh buat sendiri Yee Sang ini mengikut kemahuan kerana semua bahan di sediakan.
Selain tu juga Chef2 di sana menyediakan masakan Cina yang popular seperti barbeku Ayam, Itik rebus dengan halia dan Kulat Hitam, Ayam dengan Chili kering di Yam Ring, Tumis Cendawan dengan Kering Tiram dan banyak lagi. Bufet Tahun Baru Cina disediakan untuk makan malam dari hari Ahad hingga Khamis iaitu 1 - 25 Februari 2016. Pakej bufet ini pula pada harga RM91.00 nett untuk setiap orang dewasa.
Hidangan Masakan Thai dan Nyonya
Tambah lagi pula Aroi Dee Thai Restaurant juga meraikan Tahun Baru Cina dengan cara tersendiri. Ada 3 set menu Thai dan Nyonya masakan lengkap dengan Yee Sang Set untuk di gaul bersama keluarga atau rakan-rakan dan rakan perniagaan. Set Thai / Nyonya ini sangat berpatutan harganya iaitu RM788.00 nett, RM968 nett dan RM1288 nett. Setiap hidangan ada beberapa menu menarik yang akan berubah2 mengikut set2 yang diambil.
Hidangan Thai ini sangat istimewa kerana disediakan oleh chef khas dari negara Thai dan memang semua hidangan menarik dan sangat sedap. Maha sempat menikmati salah satu set hidangan Thai / Nyonya ini yang mengandungi Seafood Tomyam, Steamed Chicken Thai Style, Seabass with Nyonya Acar, Butter Prawn, Loh Hon Chai with Pau Mushroom and Chok Seng, Steamed Lotus Rice with Smoked Duck and Yam Cube dan Mixed Thai Dessert.
Hidangan Hari Kasih Sayang
Tengok kan banyak gila makanan tu belum lagi masuk Hari Kasih Sayang juga menyediakan menu2 menarik untuk korang cuba. Jadi sapa2 datang kat Palm Garden Hotel Putrajaya ini bulan Febuari tak akan rugi memang banyak gila makanan. Buat korang yang nak booking boleh mula booking sekarang juga memang berbaloi.
PALM GARDEN HOTEL PUTRAJAYA
Tel : 03 - 8943 2233 ext 8855
Laman web : palmgarden.com.my
0 Pandangan: