Chines Cuisine,

Only Mee Menikmati Gaya Hidup Dengan Mee Asli Pertama Di Putrajaya

Rabu, Januari 13, 2016 Mahamahu 0 Comments

Only Mee Menikmati Gaya Hidup Dengan Mee Asli Pertama Di Putrajaya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dah lama tak update tempat makan best sekitar Putrajaya bukan. Sebelum ni last Maha cite pasal Umai Cafe jer tapi masih ada lagi tempat makan yang best seperti di Restoran Only Mee ini. Kalau orang tak tahu mesti ingat kawasan Marina ini hanya pusat sukan air sahaja tak ada tempat makan kan.


Tapi salah kat sini ada satu restoran exclusive yang dibuat untuk mereka2 pencinta mee di Malaysia. Only Mee adalah satu restoran menyediakan hidangan popular mee dari serata dunia dan mee mereka adalah yang dihasilkan dari dapur restoran ini sendiri. Kalau anda datang restoran ini boleh lihat bagaimana mee2 di sini dihasilkan daripada campuran tepung menguli dan juga menjadi helaian mee yang lebut dan enak.




Di retoran ini ada lebih daripada 6 jenis mee yang dihasilkan sendiri menggunakan mesin yang berteknologi tinggi dari Korea. Di antara mee yang di hasilkan adalah seperti Spaghetti Mee, Ramen Mee, Pan Mee dan Mee Sua. Manakala dua lagi mee adalah mee yang sedia ada iaitu Laksa Mee dan juga Mee Kuning.


Daripada mee yang mereka hasilkan sendiri ini mereka boleh sediakan beberapa jenis hidangan berasakan mee yang menggunakan bahan2 semulajadi dan segar. Di antar menu2 mee yang popular di sini adalah seperti Penang Assam Laksa, Penang Prawn Mee, Ipoh Curry Laksa dan Mee Rebus. Selain itu juga mereka menghasilkan mee antarabangsa seperti Ginseng Duck Mee, Japanese Soba Udon, Itali Spaghetti Bolognese dan Thai Green Curry Mee.





So ini adalah tempat paling sesuai untuk pecinta mee yang betul2 nak nikmati mee hasil tangan chef dan juga pasti ia tidak ada bahan kimia dan pengawet. So pilih mana satu mee yang korang suka dan akan di hidangkan panas kepada korang. Selain dari mee kat sini juga ada side dish lain seperti Pau Durian dan ABC Special.



Minuman juga menarik kat sini sebab ada Coklat Blander dan juga Jumbo Herb minuman gabungan daripada bahan2 herba seperti Mint, Lemon dan juga Serai. Macam minuman detox lah untuk mereka yang menjada diet. Restoran ini terletak di Present 15 dalam kawasan Marina Putrajaya yang berhampiran dengan Pullman Putrajaya tu. Restoran ini di buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00malam. Jadi kat Putrajaya masih ada lokasi mencari mee yang sedap dan menarik. Selamat mencuba semua.

Jutaan terima kasih kepada semua yang membawa Maha untuk program 
Eat, Travel and Write Putrajaya
Penganjur program  
Partners program 
Only Mee, Hotel  Quickly, PICC, Cruise Tasik, Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd dan Tai Thong Group








0 Pandangan: