Eat Travel Write,

Pasar Tani Presint 2 Putrajaya Lokasi Makan Yang Murah Dan Banyak Pilihan

Jumaat, Januari 15, 2016 Mahamahu 1 Comments

Pasar Tani Presint 2 Putrajaya Lokasi Makan Yang Murah Dan Banyak Pilihan -  Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ok dah sampai hari terakhir Maha dalam aktiviti anjuran Majalah Gaya Travel dan bersama Perbadanan Putrajaya. Eat, Travel and Writer memang membawa Maha ker tempat2 makan yang ada di seluruh Putrajaya.



Lokasi sebelum ini Only Mee dan yang terakhir ini adalah Pasar Tani Presint 2 Putrajaya atau sesetengah orang panggil Pasar Malam Putrajaya. Lokasi yang betul2 berada di tengah2 pusat pentadbiran negara ini dan ia terletak bersebelan dengan Masjid Tuanlu Mizan Zainal Abidin. Kawasan pasar tani ini agak luas dan selesa untuk datang membeli barang keperluan.




Kat sini memang banyak sangat makanan yang boleh korang pilih untuk dibeli bawa pulang atau makan kat situ. Tersedia juga meja makan untuk anda datang makan di situ jadi tak susah2 nak makan. Memang rambang mata bila datang sini nak pilih mana satu makanan yang murah dan lazat2. Jadi Maha cadangkan korang datang sini sediakan list untuk dibeli kalau tidak memang habislah duit tu sekelip mata jer hehehe.




Ada makanan tradisional dan juga makanan antarabangsa yang disediakan di pasar tu panas dan segar. Macam Maha datang kat pasar tu paling penting mesti beli nasi dan lauk pauk untuk makan bawa balik. Selain tu juga ada makanan kuih muih dan juga pencuci mulut yang manis2 dan sedap2 belaka. So kalau datang Putrajaya kena singgah ker pasar tani ini yang di adakan setiap hari Selasa dan juga Jumaat.


Selain daripada jual makan kat pasar tani ni ada jual bahan2 mentah untuk memasak di dapur. Jadi kat sini boleh berjimat kerana harga yang di tawarkan lebih murah dan barang yang banyak. Juga ada gerai yang jual parang permainan dan pakaian tapi tak sebanyak pasar malam lain. Korang boleh pusing 2 3 kali kat sini kena servay dulu baru beli nanti menyesal. Jangan lupa untuk datang ker pasar tani ini selamat menjamu selera. 

Jutaan terima kasih kepada semua yang membawa Maha untuk program 
Eat, Travel and Write Putrajaya
Penganjur program  
Partners program 
Only Mee, Hotel  Quickly, PICC, Cruise Tasik, Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd dan Tai Thong Group





1 ulasan: