Gaya Travel,
Umai Cafe Nikmati Makan Malam Di Pesisir Tasik Putrajaya
Umai Cafe Nikmati Makan Malam Di Pesisir Tasik Putrajaya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Masih lagi hari ni cite tempat makan menarik di Putrajaya sambunga daripada food court Penanggah Presint 16. Satu restoran ini dah lama berada di sini dan masih utuh menjadi satu2 cafe yang menyediakan makan tenghari dan juga makan malam buat penunjung di Putrajaya. Ini lah dia Umai Cafe yang beroperasi di Bangunan Anjung Alaf Baru, Presint 2 Putrajaya. Bangunan ini terletak diantara Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) dan Monumen Alaf Baru.
Umai menyediakan pelbagai jenis masakan panas seperti masakan thai, masakan Melayu, Mee Rebus Umai, Laksa Utara, Bihun Sup Utara dan Nasi Goreng Umai. Juga terdapa pelbagai jenis bubur dan yang paling menjadi kegemaran pelanggan umai cafe adalah Cekodok Pisang, Cucur Udang, Lempeng Kelapa dan pisang. Cekodok Pisang adalah resepi tradisional daripada pemilik cafe ini dan ia menjadi perhatian kepada pengunjung yang datang di sini.
Umai cafe menjanjikan makanan yang bersih, halal dan sedap untuk semua pelanggan disamping memberikan harga yang berpatutan. Lokasi tempat makan ini lebih selesa dan lebih luas kerana da ruang di bahagian bawah dan atas untuk tetamu yang mahu mengadakan sesuatu acara atau majlis yang melibatkan ramai orang.
Umai Cafe ini paling menarik pada waktu malam kerana di sekelilingnya di pancarai cahaya neon yang datang dari masjid mahupun kawasan seberang tasik. Ia di buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 malam. Bagi anda nak santi di persisir tasik Putrajaya pada waktu malam sambil makan di sinilah lokasinya. Jangan kata Putrajaya tak ada tempat makan yang menarik ok. Banyak lagi yang nak tunjuk pada korang selamat menjamu selera semua.
Jutaan terima kasih kepada semua yang membawa Maha untuk program
Eat, Travel and Write Putrajaya
Penganjur program
Partners program
Only Mee, Hotel Quickly, PICC, Cruise Tasik, Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd dan Tai Thong Group
0 Pandangan: