Food Network,Warna Melambangkan Mood Seorang Yang Berbeza Seperti Magnum Pink & Magnum Black
Warna Melambangkan Mood Seorang Yang Berbeza Seperti Magnum Pink & Magnum Black - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa kat sini pencinta aiskrim? Sapa suka aiskrim Pink atau aiskrim Black? Kalau korang adalah orang yang jawab soalan ini suka memang korang satu golongan ngan Maha iaitu orang paling gilakan aiskrim. Pantang tengok aiskrim mesti nak beli dan nak cuba.
|
Variasi Magnum Black dan Magnum Pink |
Begitu juga aiskrim baru daripada produk Magnum iaitu aiskrim Magnum Pink dan Magnum Black. Teruja sangat nak makan aiskrim baru ini, sapa tak kenal dengan jenama Magnum satu2 aiskrim yang penuh dengan rasa coklat dan juga kemewahan pada penghasilannya dan penuh ketelitian. Daripada pemilihan biji koko dan juga kepada pemprosesan coklat Belgian yang cukup terunggul seluruh dunia.
Meleleh air liur bila sebut aiskrim Magnum. Baru ini Maha dan kawan2 lain diberi peluang untuk menikmati kesedapan aiskrim Magnum itu secara original. Seorang Chef terkemuka Chef Isadora Chai telah diundang untuk menyediakan hidangan terbaik berasaskan askrim Magnum Pink dan Magnum Coklat.
|
Chef Isadora membuat demonstrasi menyediakan dessert |
Pada malam tu kami semua dihidangkan dengan dua jenis pencuci mulut yang menyatakan mood anda mengikut warna. Dessert pertama pada malam itu kami dihidangkan dengan Pomegranate Caviar in Belgian Chocolate. Tengok rupa pun dan kagum apatah lagi rasanya memang mengujakan. Kalau korang tengok yang luar bentuk macam telur tu ada coklat warna pink datang dari buah Delima.
|
Pomegranate Caviar in Belgian Chocolate |
Pencuci mulut kedua pula adalah Espresso Sorbet with Tanzanian Chocolate iaitu dapat kuat sangat rasa kopi. Kalau sapa2 peminat Espresso memang coklat ini sangat sesuai untuk korang cuba. Tanzanian Chocolate adalah satu2 coklat dari biji koko Africa yang terbaik dan berkualiti tinggi.
|
Espresso Sorbet with Tanzanian Chocolate |
Sebenarnya kenapa Magnum menggunakan dua warna Pink dan Black sebagai pilihan untuk askrim baru keluaran mereka. Sebenarnya dua warna ini adalah contra dan sangat bebeza begitu juga mood kita juga berbeza mengikut warna. So dengan itu juga mereka memperkenalkan Magnum Moodology iaitu satu ujian mood / personaliti yang menyeronokkan direka khusus untuk membantu korang mengenal pasti warna Magnum Mood pada waktu tersebut. Kalau korang nak cuba Magnum Moodology ini boleh layari laman web www.MagnumPinkandBlack.com.my.
|
Laman Online Magnum Moodology |
So setiap kali sebelum korang makan aiskrim Magnum baru ni korang kena jalani ujian ini secara online dan korang akan tahu bahawa mood korang pada masa itu dan jenis coklat yang korang patut makan. Tapi bagi Maha dua2 boleh makan bedal jer sebab dah sedap sangat hehehehe. Balik kepada malam tu Maha bukan sahaja di hidangkan dengan aiskrim dan coklat yang hebat tetapi juga beberapa makanan dinning yang juga terbaik seperti di bawah ni.
|
Miso Tofu & Pumpkin Salad, Pickled Shimeji Mushroom, Roasted Sesame Dressing |
|
Pan-fried Chicken Confit, Butterbean Stew, Lemon & Thyme |
|
Chilled Coffee Mousse Cake, Pomegranate, Dark Chocolate Soil, Petite Pink Meringue |
Sekarang ni Magnum Cafe dan ada banyak cawangan di Malaysia korang boleh pergi mana satu untuk nikmati hidangan dinning aiskrim yang special untuk korang. Tapi nak dapatkan aiskrim Magnum Pink dan Magnum Black ni kat banyak kedai runcit telah ada. Aiskrim ni juga secara rasmi akan dilancarkan pada bulan March tahun ni. Sebelum pergi mana jom kita dapatkan aiskrim Magnum Pink dan Magnum Black sekarang juga jom.
Dapatkan info lebih lanjut MAGNUM PINK dan MAGNUM BLACK di sini :-
0 Pandangan: