Bread Maker,

Nak Memasak Bersama Dato Chef Ismail Dan Pensonic Jom Ke Dapur Mahamahu Dulu

Isnin, Mei 16, 2016 Mahamahu 7 Comments

Nak Memasak Bersama Dato' Chef Ismail Dan Pensonic Jom Ke Dapur Mahamahu Dulu - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tak rugi sebenarnya kalau kita jadi pengguna setia satu2 produk seperti mana produk berkualiti dari Pensonic. Maha juga merupakan pengguna produk2 dari Pensonic ni kalau korang datang kat rumah hampir semua produk ada seperti Oven, Hand Mixer, Multi-cooker, Rice Cooker, Blander dan Bread Maker


Paling Maha suka adalah produk Bread Maker daripada set produk Chef's Like Pensonic. So hari ni Maha nak tunjuk korang bagaimana nak buat Kek Pisang Manis dengan menggunakan Bread Maker ini. Adalah sikit resepi yang mudah sangat sebab produk ini sangat2 mudah untuk digunakan. Kenapa Maha menggunakan produk Chef's Like Pensonic Bread Maker ini :- 
  1. Mempunyai 19 program memasak automatik
  2. 15 jam program "delay timer"
  3. Mempunyai tetingkap paparan besar & paparan LCD
  4. Kawalan kerak boleh laras: ringan, sederhana dan warna gelap
  5. Bebas-slip kaki bahagian bawah
  6. Mempunyai mangkuk tidak melekat boleh ditanggalkan untuk mudah bersih-up
  7. 60 minit fungsi "keep warm
  8. 15 minit sistem sokongan gangguan kuasa
 


Jadi banyak kelebihan yang ada pada produk ini membuatkan hati ini tertawan. Jom kita tengok lak resepi simple Maha buat kat rumah. Untuk buat Kek Pisang Manis dengan Bread Maker dari Pensonic ini. Bahan2 untuk membuat Kek Pisang Manis :-


2 Biji Telur
1 1/4 cawan Gula Kastor
1/2 cawan Minyak Sayuran
1 sudu teh Esen vanila
1 1/2 cawan Kacang Kuaci – dibakar dan dicincang
3 biji Pisang – dilecek
1 2/3 cawan Tepung Gandum
1/4 sudu teh Garam
1 sudu teh Soda Bikarbonat
1/2 sudu teh Serbuk Kayu Manis

Cara2 untuk membuat Kek Pisang Manis ini pula tak susah sebab dah ada Chef's Like Pensonic Bread Maker. Korang boleh tonton video yang Maha sediakan ini mudah dan cepat sangat. Semua setting telah ada dalam tu jom menonton.


Mudah tak cara nak buat kek ini kejap jer dah jadi main campak2 jer semua dalam Bread Maker ini. Tak perlu gaul semua dibuat dalam tu tak perlu risau. Maha rasa lepas ini nak buat banyak lagi selain daripada buat kek. Lepas ni akan buat roti dan juga boleh buat jem dan juga masak pulut dalam tu. Mesti seronok ada satu Bread Maker ini kat rumah tunggu apa lagi beli sekarang.


Kenapa Maha suruh korang beli sekarang sebab sekarang tengah ada promosi untuk "Raya-Merdeka Cook With Chef Season 3". Di mana korang yang membeli salah satu daripada produk set Chef's Like ini akan berpeluang untuk menyertai kelas memasak bersama dengan Chef Ismail yang telah masuk musim ke 3. Untungnya lagi kalau korang masuk kelas memasak kali ini bukan setakat dapat melihat telatah Chef Ismail dan belajar ilmu memasak. Korang juga berpeluang untuk menang banyak hadiah diantaranya adalah dapat bawa pulang sorang satu set Multi-cooker yang korang gunakan pada kelas tersebut.


Best tak dah lah dapat memasak dapat pula bawa pulang hadiah2 istimewa daripada Pensonic ini. So tunggu apa lagi beli sekarang produk Chef's Like dan dalam tu ada borang penyertaan dan hantarkan sekarang juga. Lokasi2 musim ke-3 Kelas Memasak 2016 Pensonic Chef's Like ialah seperti berikut:

• Kuala Lumpur pada 31 Julai 2016 (Ahad)
• Pulau Pinang pada 07 Ogos 2016 (Ahad)
• Kuching pada 14 Ogos 2016 (Ahad)
• Johor Bahru pada 20 Ogos 2016 (Sabtu)

Selain tu juga korang boleh tonton program "Chef Mail Masak Bersama Pensonic" yang akan disiarkan dibeberapa saluran TV. Jangan lupa untuk tonton Maha dalam program ini kerana Maha juga antara peserta yang terpilih memasak bersama Chef Ismail dan juga artis jemputan iaitu Marsha Milan. Maha masak dalam tu satu pencuci mulut yang mudah dan cepat tapi nak tahu detail kena tonton. Tarikh dan masa adalah seperti berikut :- 


HyppTV dari 19 Mei hingga 7 Julai 2016
Hypp Sensasi (Saluran 116) - Khamis dari pukul 7.00 malam hingga 7.30 malam
Hypp Inspirasi (Saluran 111) - Khamis dari pukul 9.30 malam hingga 10.00 malam.

TV3 bermula 16 Mei hingg 27 Jun 2016 
Setiap Isnin dari pukul 6.00 petang hingga 6.30 petang


Bertuahnya penonton di rumah yang menonton rancangan ini juga berpeluang memenangi peralatan Pensonic dengan menyertai peraduan "Watch & Win" di Facebook Pensonic. Ya Allah banyaknya hadiah yang disediakan oleh Pensonic untuk semua peminat setianya. Jadi jangan lah beralih arah setia pada satu produk sahaja tak rugi. Kalau korang ada resepi memasak yang special kongsikan dengan Maha ok nanti mana tahu Maha akan futurekan korang nya resepi tu kat blog. Selamat mencuba semua ok.

Layari dan like facebook Pensonic untuk semua promosi terbaru ini :-
Laman web : http://pensonic.com






7 ulasan:

  1. kalo wat roti lg geboo kot...nmpk mudah bila tgk video maha tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Maha dah buah roti memang jadi gebu cantik hehehe... mudah jer cara guna..

      Padam
  2. Balasan
    1. memang best bread maker dari Pensonic..

      Padam
  3. wah mudahnya masak roti guna bread maker tuee...bahaya rasa jatuh cinta nak beli jgk ni..huk3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe kalau dah jatuh cinta memang kena beli lagi sekarang ada contest boleh menang hadiah2 istimewa...

      Padam
  4. Mahu guna no brapa kalau mahu adun tepung untuk buat kuih raya?

    BalasPadam