Cupcake Durian,
Masakan Berasaskan Durian Yang Viral Sekarang Ini Tak Cuba Memang Menyesal
Masakan Berasaskan Durian Yang Viral Sekarang Ini Tak Cuba Memang Rugi - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang kebetulan memang musim Durian dan memang tengah orang cari tempat2 buffet Durian yang banyak pilihan. Maha juga salah seorang hantu Durian kalau korang nak tahu lah tapi Maha ada cara lain untuk nikmati Durian yang banyak di rumah korang. Apa kata kita cuba resepi masakan yang berasaskan durian ini mesti lagi meriah hidup anda.
1) Serawa Durian Dengan Pulut Hipster
Resepi yang sepecial ini Maha buat sendiri di rumah dengan menggunakan buah Durian. Korang boleh tonton video penuh cara penyediaan dan bahan2 yang diperlukan untuk membuat Serawa Durian dan Pulut Hipster ini. Hanya mengambil masa 15minit untuk masak dan bahan utama adalah Durian. Marilah cuba mana tahu boleh tambah minat terhadap Durian.
2) Ikan Patin Masak Tempoyak
Ini satu lagi resepi yang memang menjadi tranding sekarang ini kerana musim Durian. Kalau korang jalan dari KL mengikut higway Karak sampai ke Temerloh memang sepanjang jalan tu ada jer orang jual buah Durian. Jadi ini musim paling sesuai untuk korang nikmati hidangan ini dengan datang sendiri ke derah Temerloh dan salah satunya di R&R Temerloh ada restoran Ikan Patin Tempoyak best.
3) Durian Crepe
Makanan ini pernah popular beberapa tahun yang lalu tak silap Maha tahun 2012 di mana memang viral seluruh Malaysia orang mencari kuih ini. Siap ada yang buat business kerana permintaan yang banyak untuk kuih ini. Maha pun suka sebab kulit lembut dan nipis serta isi Durian yang penuh dalamnya. Sekarang pun masih ada orang jual Durian Crepe ini secara online.
4) Cupcake Durian
Ini satu lagi resepi istimewa yang diperkenalkan disebuah restoran di tengah2 KL. Kalau nak dapat tak semua tempat yang ada jual cuma kat Durian Lagenda Bukit Bintang sahaja. Maha pernah cuba tapi tak pernah lagi masak resepi ini. Sapa yang pernah buat kat rumah boleh share pengalaman korang mana tahu lagi sedap hehehe.
5) Durian Shake Musang King
Ini adalah minuman yang boleh korang cuba kalau time buah Durian banyak sangat kat rumah tak tahu nak buat apa. Minuman yang segar dan juga menyejukan tekak tatkala waktu tengahari yang panas terik ini. Cara mudah nak buat korang boleh follow resipi Durian Shake Musang King yang Maha dah buat ni. Nak ubah atau tambah lain boleh juga ikut selera masing-masing.
0 Pandangan: