Air Kelapa,

Hogoh De Coco Membuatkan Jalan Jadi Sesak Kerana Coconut Shake Original

Isnin, September 19, 2016 Mahamahu 4 Comments


"Cawangan Temerloh Jaya Sudah Ditutup"


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha dah lama sebenarnya cari kedai ada jual Durian Shake. Ingat tak ada tapi tenyata kenyataan Maha meleset akhirnya jumpa juga tak juah dari kampung Maha. Gerai Hogoh De Coco ada jual Coconut Shake Durian.


Sebelum ni Maha ada share kat korang resepi nak buat Durian Shake Musang King kan. Tapi kali ni Coconut Shake bersama Durian walaupun bukan durian shake sepenuhnya tapi bila Maha rasa memang menyengat sangat.


Tapi korang kena cepat kerana promosi untuk Coconut Shake Durian ini hanya sehingga 30 September tahun ni jer.
Ikut musim durian kot tapi memang korang rasa sekali nak lagi. Maha tak tipu memang terangkat bila sekali sedut nak sedut berkali-kali hehehe.


Semua ni terjadi masa Maha balik kampung cuti Raya Qurban baru-baru ni. Maha saja jalan-jalan kat bandar Temerloh yang terkenal dengan Bandar Ikan Pantin tu. Sampai tengahari memang rasa dahaga sangat sebab panas, tiba-tiba kat simpang trafik light Temerloh Jaya tu nampak ada Coconut Shake Durian.

Coconut Shake Durian

Teruslah berhenti dan nak cuba sebab unik dan menarik memang tengah mencari lak tu kan. Sekali rasa memang nak berkali-kali terbaik lah tokei kedai ni. Pastu buka facebook dan Instagram mereka nak tengok komen-komen orang memang semua kata sedap dan terbaik.


Lepas tu tengok lak ada cawangan yang lagi dekat dengan kampung Maha iaitu cawangan kat Paya Pulai 1km dari Hospital Temerloh. Rasa lepas ni balik kampung akan singgah sinilah untuk cuba Coconut Shake mereka.

Coconut Shake Durian, Avocado Shake dan Air Kelapa

Walaupun tak ada Coconut Shake Durian kat sini ada macam2 minuman lain yang best kena cuba. Ada juga minuman buah-buahan shake seperti Avocado, Mango, Honeydew & Watermelon. "Semua pekat n ledottt..berbaloii..mengunakan buah sebenar tanpa campuran serbuk atau cordial" kata pemilik restoran ni yang Maha copy dari laman Facebook mereka.

Aiskrim Kelapa HOGOH

Paling unik yang ni Maha kena cuba sebab hari tu tak sempat nak cuba Aiskrim Kelapa HOGOH. Aiskrim kelapa yang dihasilkan sendiri ditambah plak bahan-bahan seperti Nangka, Jagung, Isi Kelapa Juicy, Nata D'coco memang memukau nafsu Maha. Pulak tu dihidang dalam tempurun kelapa lagi lah rare sangat mana nak dapat. 


Korang kalau datang ker Bandar Temerloh ni wajib cuba minum di Hogoh De Coco. Cari jer dalam waze mesti jumpa ada dua cawangan. Maha dah mesti singgah bila pulang nanti tunggu yer. Selamat mencuba dan menjamu selera semua.

Boleh terjah laman facebook mereka Hogoh De Coco.

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5



4 ulasan:

  1. sedapnye tgk coconut shake tu...kt temerloh la plak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Coconut Shake sedap Coconut Shake plus Durian pun sedap... Kena cuba kalau sampai kat Temerloh lah hehehe..

      Padam
  2. mahaaaa...febret zaza tau kelapaaaa...

    BalasPadam