Buah-Buahan,
Korang boleh tengok betapa ramainya orang datang ker pameran MAHA 2016 tahun ni. Di anggarkan lebih daripada 3.7 juta orang membanjiri sepanjang 11 hari MAHA berlangsung. Korang tonton video ni yang diambil menggunakan kamera tersembunyi jangan kata abang tak pantau ok hehehe.
Kepenatan Seharian Di MAHA 2016 Satu Yang Sangat Bebaloi Dan Menyeronokan
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini yang dah pergi MAHA 2016 yang telah berlangsung selama 10 hari? Maha tak berkesempatan nak pergi yang awal-awal sebelum ni tapi dapat juga pergi hari kedua terakhir ni sebelum ia melabuhkan tirainya untuk tahun ni.
Korang tahu MAHA atau Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism ini dianjurkan setiap 2 tahun sekali jadi kalau tak datang yang tahun ni rugi kerana korang kena tunggu lagi 2 tahun baru ada. Maha seronok akhirnya dapat datang juga ke acara terbesar melibatkan produk pertanian negara yang kadang-kadang kita tak tahu ia pernah wujud.
Hari ni 10 Disember 2016 dapat kunjung MAHA yang diadakan di MAEPS Serdang memang sangat teruja. Ramai orang kata hari minggu begitu ramai orang tapi nasihat Maha korang kena datang awal seawal 8 pagi agar tak sesak nak cari parking. Park kat Pintu 2 senang sebab dekat dengan pintu masuk utama dan juga jalan keluar.
Sampai jer kat situ pagi-pagi buta Maha terus terjah Nafas Cube iaitu satu kawasan penginapan yang unik dan sesuai bagi BackPaker yang nak cari tempat menarik dan selesa. Kata owner kat situ tempat penginapan ni ada 3 jenis yang berbeza mengikut bajet kita yang pertama dalam kemah tu dipanggil Gampling sangat selesa sebab dalam tu ada dua katil dan juga kipas.
Kemudian ada konsep kontena dan culvert yang mana tinggi tu kontena harga RM180 semalam dan bagi culvert pula RM150. Yang macam khemas tu tadi RM120 sahaja semalam. Tempat tenang cantik dan juga memberi keselesaan dalam penginapan yang konsep lain sikit ni.
Lepas habis jelajah kat situ Maha gerak jalan kaki ke Laman Perikanan di bawah pengurusan Jabatan Perikanan Malaysia. Kat perikanan ni banyak sangat kawasan korang kena pergi tapi yang Maha suka singgah adalah kat bahagian ikan perhiasan yang ada macam-macam jenis ikan pilihan orang untuk dipelihara.
Selain tu juga korang boleh join aktiviti yang diadakan iaitu pertandingan memancing, pertandingan makan dan sebagainya. Pameran lain ada kat situ seperti Kingdom Of Shark, Pameran Ikan Termahal Di Malaysia, rangka ikan terbesar dan pelbagai lagi. Korang mesti kena cuba kat sini iaitu Satay Ikan Tuna yang pertama di Malaysia dan rasa sangat sedap seperti makan satay ayam dan harga RM1.30 sebatang.
Satay Ikan Tuna |
Kata mereka Tuna yang didapati di sini adalah daripada perairan Laut China Selatan di belah Sabah. Memang begitu banyak dan ia diimport ke merata negara. Korang akan habiskan banyak masa kat sini sebab banyak yang menarik juga banyak bahan untuk dibeli.
Seterusnya kaki ni terus melangkah ke Laman Padi yang berada disebelah Laman Ikan tadi jer. Kat sini korang akan dapat kenali jenis-jenis padi yang ada di Malaysia dan juga bagaimana sejarah padi negara. Paling menarik masuk dalam pusat pameran ada pelbagai peralatan lama yang digunakan untuk menguruskan padi zaman datuk nenek kita.
Tahu tak sebenarnya Bedak Sejuk dihasilkan daripada proses pemerapan beras dalam air selama lebih 6 bulan. Jadi kat sini mereka akan ajar kita cara nak buat bedak sejuk zaman-zaman emak bapak kita dulu. Korang juga boleh tengok pertadingan perlawanan bola sepak bendang peringkat IPT yang diadakan di depan pusat pameran ini.
Seterunya Maha naik shutter bus untuk ke destinasi yang agak jauh juga iaitu Laman Nanas. Macam biasa korang akan dapat tahu bagaimana proses penanaman Nanas sehingga kepada proses ia dihasilkan menjadi bahan lain yang sedap. Juga mereka buat pertandingan bergambar dengan wall 3D mereka dan upload dalam Facebook pastu boleh menang hadiah-hadiah menarik.
Kalau korang tahu sebenarnya baka Nanas yang ada di Malaysia telah melalui perubahan dari tahun ke tahun. Sekarang ini banyak Nanas yang ditanam di Malaysia adalah dari jenis MD 2. Rasa lebih manis dan tidak menyakitkan lidah. Korang boleh beli macam produk Nanas dengan harga yang berpatutan dan tawaran hebat.
Tak boleh lama-lama kat satu tempat sebab banyak lagi lokasi nak pergi ni jadi teruskan lagi perjalanan naik bus untuk ke Laman Armada Jentera. Kat sini mempamerkan produk jentera berat yang digunakan untuk proses penyediaan tanah dan juga pelbagai lagi.
Korang nak tengok demonstrasi menggunakan peralatan berteknologi tinggi dan canggih ada kat sini semua hebat. Kalau korang datang waktu yang bertepatan korang akan dapat jumpa maskot Transfomer yang beregerak. Selain jentera dan peralatan mereka ada pameran produk juga area ni.
Aiskrim Nangka Madu |
Air Jagung Klebang |
Produk daripada buah-buahan tempatan seperti Aiskrim Nangka Madu dan juga Air Jagung Klebang. Semua ni boleh dicuba dan dibeli dengan harga yang berpatutan. Memang akan habis duit juga kat sini sebab banyak barang murahkan.
Lagi Maha pergi ke tempat paling popular setakat ni iaitu Ladang Lembu Sado. Kat sini korang dapat tengok lembu paling sado tapi daging sedap kalau dibuat masak. Harga untuk seekor lembu ni boleh cecah RM20,000. Kat situ kami diajar penjagaan lembu sado ni dan juga cara pembiakan yang dilakukan untuk mengekalkan spesis ini.
Kat situ banyak lagi haiwan lain tapi Maha tak pergi semua sebaba keadana hujan sikit jadi banyak berteduh kat khemah-khemah pameran jer. Tapi tak apa perjalanan tetap diteruskan Maha pergi pula ke Laman Sayur dan Herba. Sini mesti lah dapat tengok pelbagai jenis tanaman sayur dan juga buah-buahan.
Mereka ada buat demonstrasi untuk membiakan pokok buahan dengan cara yang betul. Juga cara nak tanam sayur dengan cara yang lebih cepat dan selamat. Paling best dengar cite pasal jagung Maize GWG 111 iaitu jagung untuk makanan binatang seperti ayam. Jagung ni tak ada tanam kat Malaysia ia semua diimport dari luar negara sebab itu ia agak Mahal.
Datang laman ni korang kena cuba minum Madu Kelulut yang sebenar dihasilkan daripada ternakan lebah kelulut. Ok Maha dah sempat minum menggunakan straw madu ni ia agak masam dan juga manis dikemudiannya. Banyak khasiat kot madu Kelulut ni berbanding madu biasa ia tinggi anti-oksida dan meningkatkan metabolisme badan seseorang yang mengamalkannya selalu.
Pastu naik lagi bas ke Flora World untuk cuba buah Rock Melon yang datang dari Terengganu. Melon ni memang manis dimakan begitu saja dan juga harga berpatutan. Korang juga akan dapat minum air kelapad kat sini sebab Booth Abang Zek ni ada sediakan air kelapa percuma pada waktu yang tertentu sahaja. Jadi jangan ketinggalan nak datang sini ok.
Dekat Flora World ni juga ada Kampung Durian Runtuh Upin Ipin lah. Alang-alang dan dekat situ teruslah masuk kat dalam tu tapi ada tiket di kenakan iaitu RM25 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Dalam tu bila korang nak masuk akan dibekalkan dengan pasu untuk menanam pokok. Ini adalah untuk mendidik anak-anak kecil selalu menjaga alam sekitar dan menam sendiri tumbuhan di rumah.
Dalam kawasan Upin Ipin tu banyak aktiviti kanak-kanak yang buat mereka gembira dan tak senang duduk. Mak bapak tengok jer lah kena selalu pantau tau sebab dalam tu agak gelap sikit. Korang boleh bergambar dan tonton cerita. Juga boleh tengok persembahan maskot Upin Ipin dalam tu juga best.
Dah agak penat kaki berjalan luar kawasan Maha pergi pula ke dalam dewan sebab kat sini banyak tempat yang terbuka atau dalam dewan. Maha pergi Hall Utama yang menempatkan banyak syarikat yang berkaitan kerajaan terutama dalam bidang pertaniaan ni lah. Dalam ni lagi meriah dengan aktiviti.
Korang boleh main simulasi memancing dan juga memandu boat. Dalam ni juga korang boleh cuba makan Shelout yang sedap dan popular tu. Korang kena datang ker booth LKIM. Nampak jer gerai makanan macam ni korang boleh beli pakej Shellout yang korang nak ok kena cepat sebab cepat habis.
Dalam tu juga ada banyak produk usahawan baru yang berjinak-jinak dunia business pertanian ini. Seperti produk Roscorn ni iaitu jagung manis yang ditanam dan dijual sendiri usahawan muda ni. Jagungnya sangat manis dan sedap. Lagi korang kena cuba Aiskrim Rock Mellon yang juga diusahakan oleh usahawan baru di sini.
Aiskrim Rock Mellon |
Mereka ini semua dapat bantuan perniagaan daripada Tekun Nasional. Ia satu badan kerajaan yang dapat memberi bantuan pinjaman dalam menjadikan realiti kepada usahawan muda yang nak mengubah hidup mereka.
Akhirnya penat sangat sebab dah puas jalan semua tempat Maha pergi lah cari makan walaupun banyak tempat sediakan makanan percuma. Maha pergi last tempat iaitu Empayar Makanan kerana kat situ dengar cerita ada 169 jenis makanan dari serata negari. Korang akan terpegun dengan menu yang ada kat sini semua nak cuba.
Nasi Kerabu dan Ayam Percik |
Ayam Percik |
Mee Udang |
Korang boleh tengok beberapa jenis makanan yang ada kat sini tapi tak semua yang Maha makan. Maha hanya makan Beriani Udang Galah tu jer hehehe. Semua makanan kat sini dibawa daripada pengusaha makana yang terbaik seluruh Malaysia. Makan sampai kenyang ok kerana harga sangat berpatutan.
Beriani Udang Galah |
Nasi Daging Panggang |
Dah habis makan semua tu last sekali dapat makan Durian Musang King. Korang mesti tak percayakan sebab sekarang ni bukan musim Durian tapi kat sini ada yer jual buah Durian. Kata mereka Durian ni dibawa daripada Tangkak dan harganya RM55 sekilo. Tapi kat luar sangat mahal yer. Tu last lokasi Maha jadi korang rasa berbaloi tak datang ini, sangat-sangat kan. Jadi tunggu apa lagi masih ada masa kerana MAHA 2016 sehingga 11 Disember 2016 ni.
Korang boleh tengok betapa ramainya orang datang ker pameran MAHA 2016 tahun ni. Di anggarkan lebih daripada 3.7 juta orang membanjiri sepanjang 11 hari MAHA berlangsung. Korang tonton video ni yang diambil menggunakan kamera tersembunyi jangan kata abang tak pantau ok hehehe.
Info dan apa menarik lagi boleh layari :-
Facebook Maha
memang penat tapi enjoy n berbaloi..kan kan
BalasPadamBetul tu akak tak terasa penat sebab banyak yang menarik dan menyeronokan kat situ...
Padam