Halal,

Minuman Pokka Tiada Pengawet, Tiada Pewarna Dan Dijamin Halal

Sabtu, Februari 11, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang nak cari minuman pun kita kena pastikan yang sihat dan selamat apatah lagi yang Halal betul tak. Banyak sekarang produk minuman kat pasaran yang semua nampak menyelerakan tapi adakah ia dijamin selamat.


Tapi minuman yang selalu Maha minum ini yakin ianya selamat dan dihasilkan dari kilang yang telah melalui pemeriksaan terbaik. Minuman keluaran Pokka Malaysia kalau kat pasar raya ada banyak dah jual produk jenama ni. Jenama Pokka telah ada di Jepun sejak tahun 1977 dan dibawa ke Malaysia  bermula 1995. Jadi kita tak perlu ragu akan kualiti dan proses penghasilan ia dijamin terbaik.


Minuman jenama Pokka ini ada banyak variasi yang kopi, susu dan juga minuman jus buah dan juga teh. Yang Maha paling suka adalah minuman perisa susu mereka sebab ia terasa susu dan juga campuran buah atau perisa yang diadun cukup. Tapi minuman lain pun tetap masih menambat hati Maha kerana korang dapat rasa originality nya.


Contoh macam minuman kopi ni tengok kepekatan kopi dan juga warna kopi tu sendiri dah mengasyikan. Pastu bila rasa apatah lagi memang menusuk lidah buat pecinta kopi. Mereka buat daripada biji kopi sebenar yang dibru dengan adunan kopi aromatic bersama susu berkrim.


Variasi kopi ini pula ada 2 jenis iaitu Pokka Premium Kopi Cappuccino dan juga Pokka Coffee Premium Milk Coffee. Dua-dua ni memang boleh buat minum pagi atau juga minum petang tak kisahlah kat rumah ker atau kat officekan.


Kemudian ada juga variasi minuman campuran susu. Rasa susu sebenar yang rendah lemak dicampur dengan perisa semulajadi. Kalau susu ini ada 2 variasi juga iaitu Pokka Cookies & Cream dan juga Pokka Melon Milk. Rasa buah tu Maha paling suka sebab sedap dapat rasa buah sebenar.



Paling win dalam semua produk minuman Pokka ini adalah Teh Hijau Jasmin. Ini kerana ia paling mendapat sambutan di beberapa buah negara seperti Singapura. Kalau korang dapat baca kat botol minuman teh ini ia dihasilkan daripada daun teh hijau yang terpiliha sahaja. Sebab itu kualiti dijamin tiada tandingan. Botol yang Maha tunjuk ini paling besar iaitu bersaiz 1.5L dan cukuo minum untuk satu keluarga tak perlu beli banyak.


Maha selalu bawa minuman ini kalau keluar pergi berjoging tak selalu sebab hari cuti jer Maha keluar jogging. Ini kerana minuman ni dapat menghilangkan dahaga dan menggantikan air yang telah kita keluarkan daripada aktiviti luar ini.


Last sekali minuman yang Maha cuba dalam variasi Pokka ini adalah Natsbee iaitu gabungan jus limau dan madu. Minuman ini adalah keluaran terbaru mereka tapi dah ada kat pasaran sapa nak cuba. Rasa masam manis daripada madu itu seimbang dan minuman ini mengandungi Vitamin C yang tinggi jadi ia sesuai juga untuk kesegaran diri.


Botol yang Maha ada ni adalah sama macam teh tadi 1.5L sebab tu nampak besar bukan. Kalau minum seorang setiap hari boleh tahan dalam seminggu kot. Paling pentingnya produk minuman Pokka ini kita tak perlu simpan dalam peti sejuk setiap masa melainkan setalah ia dibuka harus simpan dalam peti sejuk.


Jadi tak perlu risau lagi kualiti ia terjamin tiada pengawet, tiada pewarna dan pastinya Halal. Banyak kali ulang ni so lepas ni boleh lah beli selalu dan simpan dalam rumah. Kalau ada tetamu yang datang boleh kita hidangkan minuman ni tak perlu nak bancuh-bancuh lagi betul tak. 

Dapatkan info lanjut di sini :
Laman web : www.pokka.com.my





0 Pandangan: