Buffet Ramadhan,
#Bismillah Tema Bufet Ramadan Di Dorsett Hotel Putrajaya
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bertemakan #Bismillah pembuka kata dan memberkati majlis untuk bufet Ramadan bagi tahu ini di Dorsett Hotel Putrajaya. Kali ni bufet diadakan di Cita Rasa Restoran di tingkat 3 hotel dengan ruang lebih besar dan juga suasana yang selesa.
Hotel ni kalau sapa-sapa yang biasa datang ker Putrajaya ia terletak di kawasan Presint 3 yang banyak parking dan tak susah nak datang dengan kereta. Bagi korang yang datang dengan keluarga untuk solat Marghrib atau solat Terawih disediakan surau. Tapi bagi yang selalu ke tandas ia agak jauh daripada kawasan restoran kena menapak sikit lah.
Bufet kali ini mereka sediakan lebih daripada 500 jenis hidangan makanan yang memang banyak sangat. Ia termasuklah makanan pembuka selera, kuih muih, lauk-pauk, salad, makanan tradisional, pencuci mulut, buah-buahan, minuman dan macam-macam lagi kalau tak kenyang tak tahu lah kan.
Yang nak nikmati rasa Raya tu kat sini juga menydiakan hidangan tradisional Melayu seperti Rendang, Lemang, Ketupat, Satay, Kuah Kacang dan macam-macam lagi. Kemudian ada juga makanan cina seperti Pau dan Dim Sum. Paling penting restoran kat hotel ini diiktiraf Halal oleh Jakim jadi makan lah tanpa was-was.
Tapi satu yang paling special untuk bufet kali ini adalah konsep stall yang mereka sediakan bagi tambahan makanan yang berada di kawasan veranda hotel yang lebih terbuka. Di Antara hidangan yang disediakan seperti :-
• Buffet Durian
• Barbeku daging Rusa
• Kuih Keria Gula Melaka
• Shell Out barbeku makanan laut
• Buffet Durian
• Barbeku daging Rusa
• Kuih Keria Gula Melaka
• Shell Out barbeku makanan laut
Tu yang special ada juga makanan bufet biasa untuk memberi banyak pilihan kepada tetamu yang datang agar puas.
Bufet kali ini bermula 29 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam. Setiap malam meriah sebab ada persembahan dari kumpulan Sri Mawar mendendangkan lagu-lagu tradisional cuma malam Jumaat akan ada persembahan artis jemputan iaitu Isma AF.
Harga pun ada keistimewaannya dimana ada beberapa harga bagi mereka yang nak beli awal atau selalu orang panggil Early Bird lah.
April : RM 60.00 nett (Early Bird)
May : RM 99.00 nett (5+1)
June : RM 120.00 nett (5+1)
Bagi kanak-kanak usia 7-12 tahun juga warga emas dan OKU akan dapat separuh harga RM60.00 nett sahaja.
So sekarang ni masih bulan April jadi tunggu apa lagi beli sekarang dapatkan harga sangat-sangat murah. Kalau beli sekarang ni harga tu boleh makan bila-bila masa sahaja sepanjang bulan Ramadan tak rugi. Ia sangat murah dan berbaloi dengan jumlah makanan yang disediakan. Jom lah buka puasa kat sini ok. Selamat menjamu selera semua.
Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : +603 8892 8388
E-mail : fnb.putrajaya@dorsetthotels.com
Laman web : www.dorsetthotels.com
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5
Ada durian juga? Hadoiii jenuh panas badan kalau makan banyak2 masa puasa ni
BalasPadamMemang best Durian masa Ramadan nanti lagi best sebab dah musim kan..
Padam