Food Review,

Hornbill Restaurant & Cafe Keseronokan Makan Sambil Ditemani Burung-burung

Khamis, Mei 25, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pertama kali Maha makan sambil ditemani burung-burung bukan burung mainan tau tapi burung rela punya. Silap-silap korang kena berebut makanan dengan burung-burung tu hehehe. Itu lah yang korang akan alami sendiri bila datang makan di Hornbill Restaurant & Cafe.



Sebab apa restoran ni banyak burung, sebab restoran ni terletak di dalam taman burung terbesar di Malaysia iaitu KL Bird Park Taman Botanik Perdana. Maha mula-mula tak tahu pun yang kat taman burung ni ada restoran makanan tradisional. Selepas kawan ajak datang untuk berekriasi kat sini baru tahu ada restoran ini.



Ok kalau yang drive nak datang sini tak ada masalah korang boleh Google Maps jer lokasi taman burung ni. Terus dibawanya sampai ker kawasan parking depan restoran ni. Tapi bagi yang naik public transport boleh datang menggunakan Grab atau Uber juga Teksi. Kalau nak mudah naik KL Hop-On-Hop-Off daripada banyak lokasi. Kalau nak naik KTM boleh juga turun stesen KTM Kuala Lumpur tepi dengan Masjid Negara.


Jadi memang mudah nak akses kat sini tak ada alasan tak dapat datang ke restoran ni dan juga taman burung. Kalau datang bawa keluarga atau anak-anak ke taman burung ni penat boleh berehat di restoran ni untuk minum dan menikmati makanan yang sedap-sedap.

Laksa Sarawak

Popular makanan kat restoran ini adalah Laksa Sarawak. Maha sempat cua laksa ini memang kat sini mereka tak kedekut banyak sangat dan rasa sangat sedap. Kalau Laksa Sarawak mesti kena ada rasa udang dan kat sini mereka bagi udang yang banyak dan besar ok. Puas makan satu mangkuk ni dah cukup kenyang ok.

Nasi Dagang

Mee Goreng Mamak

Kemudian popular juga kat sini adalah Nasi Dagang dari Terengganu. Mereka menggunakan Ikan Tongkol yang banyak dan rasa kuah yang pekat nasi juga lembut. Lagi yang boleh korang cuba kat sini adalah Mee Goreng Mamak mereka memang style udang pun banyak ok. Boleh lah hilangkan lapar makan tengahari kat sini setelah berejam jalan dalam taman burung kan.

Chicken Cordon Blue

Chicken Chop

Itu makanan tradisional tapi kat sini ada juga makanan barat yang disediakan olah chef mereka seperti Chicken Cordon Blue. Korang tengok ni mesti teruja nak cuba betul tak Maha sendiri tak tahan bila bau. Satu lagi Chicken Chop mereka tengok besar bukan tapi yang paling sedap ada sos black pepper mereka yang pekat.

Keropok Leko

Goreng Pisang

Satay Ayam dan Daging

Tu makanan berat bukan mereka juga ada makanan kudapan yang simple-simple jer seperti Keropok Leko, Goreng Pisang dan Satay. Semua ni korang kena cuba sebab bila penat jalan petang sambil makan dan juga layan burung-burung kat sini memang syok gila kan. Pulak tu minum Air Kelapa Muda dan fresh jus lagi lah segar dan menyegarkan tenang sangat kat sini.

Air Kelapa Muda


Kalau korang bertuah korang akan ditemani burung-burung yang ada kat sini sambil makan. Tapi hati-hati tau sebab burung kat sini suka mencuri makanan hehehe kena tengok-tengok juga. Maha bertuah hari tu sebab Burung Enggang sendiri sebagai maskot kepada restoran ni teman Maha makan besar kot burung ni.



Mana korang nak dapat lagi pengalaman macam ni hanya kat Hornbill Restaurant & Cafe jer. Sini juga sesuai untuk ibu bapa buat sambutan harijadi anak mereka. Kalau guru yang nak bawa murid-murid untuk mengenali burung kat sini pun sangat sesuai satu sesi pemelajaran luar bilik darjah pengalaman baru buat kanak-kanak. Lepas tu makan beramai-ramai kat restoran ni senangkan.



Maha dah datang cuba makanan kat sini korang bila lagi. Restoran ni buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 8.00 malam. Kalau pagi mereka ada sediakan makanan sarapan jadi alang-alang jogging area sini boleh singgah restoran ni juga. Korang nak caya kena rasa. Selamat mencuba semua.

*Tahniah KL Bird Park menang Platinum Award untuk KL Mayor's Tourism Award 2017 bagi kategori Tourist Attraction - Family Entertainment

Tempahan dan petanyaan hubungi :
Laman web : www.klbirdpark.com
Tel : 03-2272 1010

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5




0 Pandangan: