Dato Chef Ismail,

Kempen Masakan Pensonic Chef’s Like Memasuki Musim Keempat Dengan Hadiah Lebih Hebat

Selasa, Mei 16, 2017 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tup tup tahun 2017 adalah tahun keempat penganjuran kempen Chef's Like dari Pensonic. Maha pun rasa seronok sebab tahun lepas berjaya menyertai kempen ini bersama produk yang dipercayai oleh rakyat Malaysia.
Bersempena dengan kempen ini pelbagai aktiviti dirancang untuk peminat dan pengguna produk Pensonic. Antaranya program memasak beramai-ramai, Peraduan ‘Cook with Celebrity and Dato’ Chef Haji (DCH) Ismail’, Peraduan ‘Instagram’ dan banyak lagi peraduan korang kena follow facebook dan instagram Pensonic Malaysia.


Macam Maha bagitahu tadi tahun lepas Maha sempat menyertai program memasak beramai-ramai di West Boulevard, One City di mana 500 orang peserta telah memasak bersama-sama dengan DCH Ismail. Seronok sangat sebab pengalaman memasak dan juga hadiah yang disediakan memang sangat-sangat banyak kepada sapa yang sertainya.


Ada hadiah cabutan bertuah, hadiah peraduan Instagram dan macam-macam lagi sepanjang program tersebut. Kalau korang nak tengok apa hadiah yang Maha bawa balik dalam program memasak tu boleh baca post Maha yang lepas ok memang seronok sangat-sangat. 


Tapi Kempen Kembara Memasak Chef’s Like Musim Keempa tahun ini agak berbeza sedikit dengan tahun-tahun sebelum ini. Di mana Dato’ Chef Haji Ismail, akan mengadakan kelas dan demonstrasi masakan di lokasi-lokasi terpilih seluruh Malaysia. Berikut adalah senarai para peniaga yang terlibat dalam promosi kali ini :-
  1. Ban Huat Electrical Sales and Services, Pulau Pinang (29 April 2017, 11.00 pagi, Sabtu).
  2. CY Cash & Carry, Kedah (5 Mei 2017, 11.00 pagi, Jumaat).
  3. Wah Lee Group, Penang (5 Mei 2017, 4.00 petang, Jumaat).
  4. HK Home Enterprise, Kedah (6 Mei 2017, 3.00 petang, Sabtu).
  5. AEON BiG Bukit Rimau, Selangor (20 Mei 2017, 2.00 petang, Sabtu).
  6. Tesco Mutiara Damansara, Selangor (15 Julai 2017, 1.00 petang, Sabtu).
  7. Giant Kota Damansara, Selangor (16 Julai 2017, 9.00 pagi, Ahad).
  8. Chan Furniture & Electrical Store, Sabah (29 Julai 2017, 2.00 petang, Sabtu).
  9. Bright Scott Electrical Sdn Bhd, Sabah (30 Julai 2017, 12.00 tengah hari, Ahad).
  10. senQ, Sabah (30 Julai 2017, 4.00 petang, Ahad)

Tu untuk korang nak memasak secara live dengan chef tapi tahun ini juga pihak Pensonic telah menganjurkan peraduan “We Want You To Be On TV” di Facebook Pensonic baru-baru ini. Peraduan ini adalah untuk pengguna produk Pensonic berpeluang memasak bersama Chef Ismail dan juga artis jemputan masak dalam tv. Yang ni pun Maha pernah rasa tahun lepas masak dengan Chef Ismail dan juga Marsha.


Rancangan yang diberi nama “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017” telah mula tayangan pada 8 Mei lepas di TV3 setiap jam 6.00 petang. Program ni tayang setiap hari Isnin jadi lepas balik kerja terus mengadap tv nak tonton rancangan ni. Selebriti-selebriti yang akan muncul dalam rancangan pada kali ini ialah Mark Adam telah keluar episod yang lepas, Ezuwan Ismail, Amy Mastura, Kilafairy, Kaka Azraff, Azad Jasmin, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Raja Afiq, Emily Lim, Alan Yun dan Amber Chia.



Korang yang menonton rancangan ini juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik dengan menyertai peraduan “Tonton & Menang” yang diadakan di Facebook Pensonic Malaysia. Korang berpeluang memenangi peralatan Pensonic dan baucar restoran yang terpilih. Kali ni Maha tengok mereka memasak di restoran terpilih yang mempunyai kepakaran dalam masakan yang berlainan iaitu Korea, Arab, Nyonya, Bali, Jepun dan India.


Sebenarnya Pensonic telah lama mengeluarkan produk dapur Chef's Like dengan rekabentuk ringkas dan menarik untuk menjadikan memasak satu aktiviti yang menyeronokkan. Di antara peralatan dalam siri Chef's Like termasuklah :-

Pembuat Roti (Bread Maker) PBM-2000
Kelalang Thermo (Thermo Flask) PTF-5002
Pengisar (Blender) PB-801
Pencampur (Mixer) PM-214
Periuk Serbaguna (Multi-cooker) PMC-150G
Dapur Induksi (Induction Cooker) PIC-2000
Pengukus (Steamer) PSM-1603
Periuk Nasi (Rice Cooker) PSR-17N
Ketuhar Elektik (Electric Oven) AE-19N
Ketuhar Perolakan (Convection Oven) PRO-910
Ketuhar Gelombang Mikro (Microwave Oven) PMW-2003
'Air Fryer' (PDF-2201)

Kelas yang mereka adakan setiap lokasi tu adalah untuk memberi pendedahan kepada penggunaan produk Chef's Like ini. Juga peluang nak belajar memasak resepi yang sedap-sedap dan boleh guna untuk masak didapur sendiri. Jadi tunggu apa lagi jom sertai kempen yang mereka anjurkan ni tak rugi banyak hadiah boleh menang. Terima kasih Pensonic Malaysia.



 



4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Memang best akak seronok dapat join kempen Pensonic ni tiap2 tahun ada hadiah nak bawa pulang tak tangan kosong..

      Padam
  2. cer letak gambar sally tahun ni...takkan la chef dgn Kilafairy je..hahahaha :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bak mai gambar Sally tengah masak dengan chef dan Kilafairy ada tak...

      Padam