Buffet Ramadhan,

Warisan, Kini Selamanya Tema Bufet Ramadan Special Di Restoran Fuze The Everly Putrajaya

Jumaat, Mei 19, 2017 Mahamahu 2 Comments

Selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. First day Ramadan nanti mesti ramai plan nak balik kampung sebab nak berbuka bersama keluarga. Nak makan menu masakan kampung yang sedap-sedap dan juga air tangan ibu kita. Tapi tak semua orang berkesempatan untuk berbuka bersama keluarga di kampung.


Jadi tahun ini The Everly Putrajaya menyediakan bufet Ramadan dengan tema "Warisan, Kini Selamanya". Tema yang membawa anda seperti pulang ke kampung dengan pelbagai hidangan istimewa dari pelbagai kampung. Fuze Restaurant ni sangat exclusive tapi masih mengekalkan hidangan tradisional bagi warga kota yang mencari makanan tersebut.



Sapa yang berbuka kat sini boleh makan sepuas-puasnya bab nak parking jangan risau sini ada banyak kat bawah hotel ada atau pun park kat Alamanda sebelah jer. Lepas makan sikit pastu nak solat boleh terus solat Maghrib atau solat Tarawih beramai-ramai kerana ada ruang solat yang disediakan oleh pihak hotel.



Tu baru part hotel ok kini Maha nak cite pula apa hidangan yang mereka sediakan dalam bufet Ramadan tahun ini. Paling menarik perhatian Maha adalah kosep gerai atau warung dan setiap gerai menyediakan hidangan berbeza.




Paling mencuri perhatian Maha dalah hidangan Nasi Ambeng Ayam Tempayan. Menurut kata chef kat situ hidangan Nasi Ambeng ini berbeza mengikut daerah di negeri Johor. Paling sedap kalau makan nasi ini kena makan bersama dengan Sambal Goreng pastu campurkan semua lauk pauk tu memang best.

 


Lepas tu ada gerai yang wajib kat mana-mana bufet Ramadan adalah Kambing Panggang. Kemudian ada pulak gerai menyediakan hidangan Shawarma dan juga Murtabak. Tapi kalau rindu makanan keropok leko pun ada juga bersama dengan gerai menyediakan sayuran goreng celup tepung yang rangup. Tapi kena cuba kerana sayur-sayur ini segar dibawa terus dari Cameron Higland.



Pecinta Sup Gear Box kat sini korang boleh makan sepuasnya kerana saiz gearbox pun besar ok. Ada juga bersama Sup Tulang dan Sup Ekor Utara makan bersama mee kuning dan meehun layan. Maha suka sup mereka sebab rasa rempah dan juga daging sangat empuk untuk dikunyah.







Kalau yang nak makan nasi bersama lauk-pauk kampung mereka juga ada sediakan. Lauk bagaikan gerai nasi campur memang bayak pilihan masakan kampung seperti  Sambal Petai Udang, Masak Lemak Keli, Kari Daging, Daging Masak Hitam, Ketam Goreng Garing, Sotong Goreng Berkicap dan macam-macam lagi. Maha tak tahu mana nak mula dulu ni bila tengok semua makanan ini.







Ada juga part bahagian yang menyediakan makanan popular dari pantai timur seperti Sata, Otak-otak, Ayam Goreng Pandan, Satay Ayam dan Daging. Juga bahagian seafood panggang kat sini semua chef sediakan panas-panas kepada pecinta makanan laut.



 


Last sekali mesti kena pergi bahagian pencuci mulut betul tak. Pencuci mulut sini ada campuran kuih muih tradisional dan juga barat. Maha rasa paling best adalah kuih tradisional seperti Cara Berlauk, Popiah Basah, Kuih Bom dan banyak lagi. Kemudian kuih modern seperti Red Velvet, Macaroon, Puding, Chocolate dan banyak lagi.






Harga untuk berbuka puasa kat sini sangat berpatutan iaitu tarikh 29 Mei hingga 2 Jun 2017 dengan harga RM78.00 bersih bagi seorang dewasa dan RM98.00 bermula pada 3 Jun 2017 hingga seterusnya bagi seorang dewasa. Jadi tunggu apa lagi mai kita serbu sekarang juga bawa family dan kawan-kawan nak berbuka puasa Ramadan tahun ini.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 03-88922921
        03-88922929
        018-2231310
Email : norazzah.omar@theeverlygroup.com

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3/5
Harga : 4/5





2 ulasan:

  1. tempat luas...mknaan nmpk sedap..bnyk pilihan..menarik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik akak makanan sedap terutama Nasi Ambeng tu kena cuba...

      Padam